Utusan Borneo (Sarawak)

Dedah pihak muat turun aplikasi ‘Prey’ diguna dalam e-voting pemilihan PKR

-

KUCHING: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Selangor Zuraida Kamaruddin mahu Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) 2018 Datuk Rashid Din dan JPP mendedahka­n individu atau pihak yang memuat turun aplikasi ‘Prey’, yang digunakan dalam e-voting pemilihan parti itu.

Beliau berkata Rashid telah menyatakan sistem tersebut telah digodam dan jika perkara itu berlaku, sudah tentu ia terjadi atas pengetahua­n petugas JPP, kerana hanya mereka mempunyai akses kepada sistem tersebut.

Data kemasukan kata laluan turut akan direkodkan di dalam ‘Log File’ sistem tersebut, justeru Rashid harus mendedahka­n maklumat di dalam ‘log file’ tersebut, ujarnya.

“Saya menyeru Rashid dan JPP mendedahka­n maklumat ini secepat mungkin bagi menutup ruang spekulasi dan tuduhan yang sedang berlaku sekarang.

“Dedahkan siapa yang memuat turun aplikasi Prey tersebut dan siapakah yang telah mengakses tablet untuk tujuan itu.

“Semua ini terdapat di dalam log file tablet tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar kelmarin.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata JPP Sabtu lepas telah mengeluark­an kenyataan berdasarka­n tuduhan Rafizi Ramli yang sebenarnya keliru dan tidak memahami fungsi ‘Prey’, aplikasi antikecuri­an dan penggunaan tablet untuk e-voting.

Tuduhan beliau yang kononnya satu serangan siber dan sistem pemilihan telah diceroboh merupakan satu tuduhan palsu.

Zuraida menjelaska­n, ‘Prey’ merupakan satu aplikasi yang popular dalam peranti yang menggunaka­n sistem An- droid.

Aplikasi ini boleh dimuat turun seperti aplikasi lain di dalam telefon bimbit atau mana-mana peranti pintar mudah alih yang lain.

“Aplikasi Prey adalah untuk melindungi maklumat di dalam peranti mudah alih, untuk memastikan sekiranya peranti tersebut hilang atau dicuri, ia boleh dipantau oleh pemilik sebenar, sejurus selepas peranti tersebut berada dalam talian (online).

“Ia bukanlah malware (spyware atau virus) seperti yang telah dituduh oleh Rafizi. Ia adalah aplikasi melindung dan bukannya untuk mengambil data, seperti yang dinyatakan oleh Rashid,” katanya.

Zuraida berkata untuk memuat turun aplikasi ‘Prey’, penjaga atau administra­tor kepada tablet e-voting itu harus memasukkan kata laluan.

“Bukan semua orang boleh melakukan perkara ini. JPP pula perlu mengambil sepenuh tanggungja­wab, kerana akses terhadap tablet ini dipegang oleh mereka.

“Adalah mudah untuk dicari pelakunya dan JPP perlu mendedahka­nnya,” kata Zuraida.

 ??  ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia