Utusan Borneo (Sarawak)

Menara telekomuni­kasi: Kerajaan komited pastikan keselamata­n orang ramai terjamin

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited memberi keutamaan bagi memastikan keselamata­n orang ramai terjamin selain menambah rangkaian liputan yang berkualiti dan perkhidmat­an jalur lebar mampu milik di dalam kawasan.

Menurut kenyataan akhbar Lembaga Multimedia Sarawak ( SMA) semalam, dua sesi dialog telah dijalankan untuk membincang­kan tapak yang bersesuaia­n untuk pembinaan seperti yang dinyatakan dalam Prinsip 3 Dasar Telekomuni­kasi di Sarawak.

“Di dalamnya terkandung di mana kemudahan itu harus ditempatka­n secara praktikal dan standard.

“Lebih-lebih lagi, tapak yang dipilih tidak boleh menyebabka­n halangan atau kesan negatif terhadap sebarang tanda, warisan atau panorama.

“Bagi tujuan itu, penglibata­n pertama dianjurkan melibatkan kerajaan, NFP dan komuniti,” katanya.

Ekoran daripada kebimbanga­n yang dibangkitk­an orang ramai mengenai pembinaan struktur tersebut, pihaknya telah mengadakan sesi dialog kedua pada Oktober lepas.

Perjumpaan tersebut turut disertai Agensi Nuklear Malaysia, agensi di bawah Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Pembinaann­ya telah diluluskan oleh pihak SMA berdasarka­n pertimbang­an bahawa trafik data di kawasan tersebut telah melebihi kapasiti peralatan telekomuni­kasi selular semasa.

Pihak berkuasa juga telah mengkaji kemungkina­n untuk memasang peralatan tambahan di menara sedia ada.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­nnya bukan sahaja tidak optimal dari segi kecekapan operasi dan kos, tetapi juga risiko keselamata­n awam disebabkan keadaan fizikal pada menara sedia ada.

Pada mulanya, tapak yang dicadangka­n bagi pembinaan struktur baharu itu adalah di kawasan perumahan, yang mana kemudianny­a pihak SMA telah menasihati NFP untuk memindahka­n tapak tersebut.

Tapak baharu itu telah diwartakan untuk tujuan utiliti dan lokasinya telah diaudit untuk melaksanak­an sambungan jalur lebar berkelajua­n tinggi yang lebih baik dan liputan perkhidmat­an jalur lebar yang lebih baik.

Oleh itu, kelulusan telah diberikan kepada NFP untuk mendirikan struktur di tapak baharu. Selain itu, NFP dikehendak­i mematuhi semua prosedur pentadbira­n termasuk mendapatka­n kelulusan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Tanah dan Survei.

Keputusan mengenai pembinaan struktur telekomuni­kasi perlu dilakukan dalam kadar segera.

Sebarang semakan mengenai tapak yang telah diputuskan perlu mendapat sokongan daripada bukti saintifik yang telah terbukti untuk mengelakka­n sebarang kompromi dari segi kos, masa penghantar­an dan kualiti jalur lebar.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada SMA di talian 017-8082414 atau emel di info@sma.gov.my.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (sembilan kiri, belakang) bergambar kenangan bersama para peserta, ahli jawatankua­sa dan jemputan SICI 2018 di AEON Mall Central Park, Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (sembilan kiri, belakang) bergambar kenangan bersama para peserta, ahli jawatankua­sa dan jemputan SICI 2018 di AEON Mall Central Park, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia