Utusan Borneo (Sarawak)

Boys Brigade penggerak kecergasan anak muda

-

BINTULU: Boys Brigade perlu berada di barisan hadapan sebagai penggerak kepada anak muda negara melalui pelaksanaa­n program fizikal yang dapat membantu memperkemb­angkan mental, rohani dan sosial golongan terbabit terutama dalam menerapkan rasa tanggungja­wab kepada diri dan masyarakat seluruhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjung Batu Chiew Chiu Sing berkata, Boys Brigade perlu berkembang dalam membantu golongan muda menjadi manusia yang berintegri­ti sekali gus penting untuk pertubuhan itu memastikan perubahan ke atas anak muda supaya mereka mampu men- capai kejayaan.

Katanya, sejak beberapa tahun keanggotaa­n Boys Brigade masih kukuh dengan beberapa ribu anggotanya telah berkembang di seluruh negara.

“Pertubuhan ini memupuk ketaatan, rasa hormat, tatatertib dan semua yang cenderung untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggun­gjawab,” ujarnya melancarka­n BB Love Box anjuran Boys Brigade Sarawak di sebuah pusat beli-belah di sini semalam dengan sasaran projek yang bermula 27 Oktober hingga 7 Disember itu adalah 15,000 hadiah yang akan disumbangk­an kepada golongan yang memerlukan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember depan.

Chiew berkata, apabila semakin berkembang anda akan menghadapi banyak cabaran dan organisasi beruniform adalah satu daripada contoh terbaik yang dapat membantu membina watak yang baik ke atas seseorang melalui latihan yang diadakan.

“Kasih sayang dan semangat Boys Brigade telah membantu begitu banyak anak-anak dan belia di negara ini untuk berkembang dalam semua dimensi kehidupan bagi menjadi seorang yang lebih baik.

“Dunia boleh menjadi lebih baik apabila kita peduli dan dunia memerlukan kita menjaga serta mencintai orang lain agar dunia ini menjadi tempat yang baik untuk didiami,” ujarnya.

 ??  ?? RASMI: Chiew (tiga kiri) melancarka­n BB Love Box di sebuah pusat beli-belah di Bintulu semalam.
RASMI: Chiew (tiga kiri) melancarka­n BB Love Box di sebuah pusat beli-belah di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia