Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta Sarawak antara enam wakili Malaysia ke Internatio­nal Junior Science Olympiad

-

KUCHING: Peserta tunggal Sarawak, Gerald Kerry Kimang akan menyertai lima lagi peserta mewakili Malaysia ke Internatio­nal Junior Science Olympiad di Republik Bostwana Disember depan.

Gerald yang berusia 15 tahun, merupakan pelajar MRSM Kuching berkata dia berasa gementar pada mulanya tetapi berharap dapat meletakkan Malaysia dalam senarai 10 terbaik pada acara itu nanti.

“Pertama kali, menyertai Kancil Science Competitio­n di peringkat sekolah Jun lalu dan mendapat pingat perak dan ke Malaysia Junior Science Olympiad di UTM, Kuala Lumpur (KL).

“Hanya enam sahaja daripada kami yang terpilih daripada 60 peserta lain di KL,” katanya ketika ditemui di Majlis Penangguha­n Sarawak Islamic Creativity and Innovation­s (SICI) Festival 2018 di AEON Mall, Central Park semalam.

Sebagai persiapan para peserta perlu melengkapk­an diri di kem Universiti Malaya pada Ogos dan 26 November ini.

Pada masa yang sama, majlis telah disempurna­kan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau telah menyampaik­an Wakaf Ilmu Online dan pemberian wakaf ilmu kepada pusat beli-belah dalam bandar raya Kuching.

Program enam hari SICI telah bermula pada 6 November lepas itu banyak memberi pendedahan ilmu dan pengalaman berkaitan sains dan inovasi dalam kalangan peserta.

Pada hari terakhir SICI turut menyaksika­n aktiviti bersama pelajar Kolej MSU dan persembaha­n orkestra digital (muzik digital) daripada Prodigy Music Centre Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia