Utusan Borneo (Sarawak)

Kes menurun 31.6%, kematian menurun 75% 1 Jan-3 Nov 2018 berbanding tempoh sama 2017

- Oleh Judan Bungap

SIBU: Sarawak mencatat penurunan kes demam denggi sebanyak 31.6 peratus dengan penguranga­n kes melibatkan kematian 75 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 3 November 2018 berbanding bagi tempoh yang sama tahun 2017.

Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man berkata, jumlah tersebut melibatkan 586 kes demam denggi dengan satu kematian berbanding 856 kes dengan empat kematian tahun lepas.

“Bagi bilangan kes yang dilaporkan mengikut bahagian di seluruh Sarawak ialah Kuching (133 kes) diikuti Sibu (88 kes), Samarahan (69 kes), Betong (59 kes), Kapit (50 kes), Miri (41 kes), Serian (39 kes), Sarikei (38 kes), Sri Aman (33 kes), Bintulu (15 kes), Limbang (12 kes) dan Mukah ( 9 kes),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau merasmikan Gotong-Royong Mega Siri 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Pusat Komersil Farley, Jalan Salim, di sini semalam.

Mansor berkata, penurunan kes itu hasil kerjasama serta pemahaman masyarakat tentang mencegah kes denggi selain media turut memainkan peranan.

Namun demikian, masyarakat diingatkan agar tidak berasa selesa terhadap penurunan kes tersebut malah meningkatk­an lagi usaha mencegah pembiakan nyamuk aedes.

“Jabatan Kesihatan Negeri ( JKN) Sarawak terus melaporkan trend peningkata­n wabak demam denggi sejak pertengaha­n 2018 hingga 3 November lepas.

“Secara kumulatifn­ya, sebanyak 35 kejadian wabak telah berlaku, di mana 30 dilaporkan telah tamat dan lima lagi kejadian wabak masih lagi aktif,” tambahnya.

Dalam ucapan perasmian, Mansor menegaskan bahawa usaha menangani denggi memerlukan kerjasama semua pihak dan masyarakat harus mengikis sikap meletakkan usaha tersebut adalah tanggungja­wab Jabatan Kesihatan atau pihak berkuasa tempatan sahaja.

“Kita menyaranka­n agar masyarakat meluangkan masa dalam 10 minit seminggu untuk memastikan persekitar­an kediaman bebas daripada risiko pembiakan nyamuk,” ujarnya.

Mansor berkata, masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencegah denggi selain perlunya menyemai sikap cin- takan kebersihan dalam diri.

“Tanggungja­wab memelihara persekitar­an tidak sepatutnya diabaikan walaupun dalam kesibukan kita mengejar pembanguna­n,” kata beliau.

Program berkenaan menarik seramai 340 peserta.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Timbalan Pengerusi Majlis

Bagi bilangan kes yang dilaporkan mengikut bahagian di seluruh Sarawak ialah Kuching (133 kes) diikuti Sibu (88 kes), Samarahan (69 kes), Betong (59 kes), Kapit (50 kes), Miri (41 kes), Serian (39 kes), Sarikei (38 kes), Sri Aman (33 kes), Bintulu (15 kes), Limbang (12 kes) dan Mukah (9 kes). ” Datuk Mansor Man Setiausaha Persekutua­n Sarawak

Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jemain dan Pengurus Farley Eijing Lau.

 ??  ?? PERANGI AEDES: Mansor (tengah) merasmikan Gotong-Royong Mega Siri 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Pusat Komersil Farley, Jalan Salim, Sibu, semalam. Turut kelihatan Dr Jamilah (enam kiri) serta yang lain.
PERANGI AEDES: Mansor (tengah) merasmikan Gotong-Royong Mega Siri 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Pusat Komersil Farley, Jalan Salim, Sibu, semalam. Turut kelihatan Dr Jamilah (enam kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia