Utusan Borneo (Sarawak)

Belum dapat ditentukan pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR, keputusan di Julau belum dimuktamad

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setakat jam 7 malam tadi mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam pertarunga­n merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak.

Bagaimanap­un belum dapat ditentukan pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden PKR di Sarawak kerana keputusan pemilihan bagi Cabang Julau masih belum dimuktamad­kan.

Azmin selaku penyandang memperoleh 4,010 undi selepas mendapat 1,162 lagi undi semalam berbanding Rafizi 1,884 undi setelah lawannya itu mendapat 377 undi semalam.

Pemilihan pada hari kedua semalam menyaksika­n Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 145 undi di Sarikei berbanding 101 undi memihak kepada Rafizi.

Di Cabang Stampin Azmin memperoleh 53 undi manakala Rafizi hanya 4. Di Cabang Mambong 243 memilih Azmin dan enam memilih Rafizi. Di Cabang Sibu, Azmin memperoleh 323 undi dan Rafizi 89 manakala di Sri Aman beliau mendapat 179 undi dan Rafizi hanya dua.

Bagi Cabang Petra jaya 153 undi memihak kepada Azmin dan 127 kepada Rafizi dan Santubong Azmin memperoleh 66 undi manakala Rafizi 48.

Keputusan tidak rasmi di Sarawak Sabtu lalu juga menyaksika­n Azmin memperoleh 2,843 undi manakala Rafizi mendapat 1,507 undi.

Ketua Penyelaras Bersama Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR Sarawak Desmond Khi ketika dihubungi berkata keputusan hari ini tidak termasuk undi dari Cabang Julau kerana ia ditangguh disebabkan ada aduan wujudnya penyelewen­gan.

“Kita menjangkak­an keputusan ( Julau) diumumkan dalam waktu terdekat ini kerana JPP sedang bermesyuar­at sekarang. Mereka perlu membuat keputusan dengan kadar segera kerana kita akan menganjurk­an kongres hujung minggu depan, semua isu pemilihan parti mesti diselesaik­an sebelum tarikh itu,” tegasnya.

Beliau menambah: “Jika JPP mahu mengesahka­n keputusan Julau, jika mereka mahu membatalka­n keseluruah­nya, mereka perlu melakukann­ya dalam minggu ini dan kita menjangkak­an pengumuman dibuat dalam waktu terdekat ini.”

PKR cabang Julau terlibat dalam kontrovers­i selepas keanggotaa­nnya meningkat mendadak daripada 603 kepada 13,549 dalam satu hari pada Jun.

Memburukka­n lagi keadaan seorang kakitangan JPP telah ditangkap di Lapangan Terbang Sibu semalam untuk membantu mengatasi kompromi tablet dalam e-voting untuk pemilihan di cabang Julau.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah, suspek berusia 44 tahun yang bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat itu ditahan di Lapangan Terbang Sibu sekitar jam 9.45 pagi semalam berikutan laporan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga Rodzia Ismail.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 5( 1) Jenayah Siber 1997 kerana melakukan pengubahsu­aian yang tidak sah kandungan komputer.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 5 (4) akta yang sama, yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau keduaduany­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kita menjangkak­an keputusan (Julau) diumumkan dalam waktu terdekat ini kerana JPP sedang bermesyuar­at sekarang. Mereka perlu membuat keputusan dengan kadar segera kerana kita akan menganjurk­an kongres hujung minggu depan, semua isu pemilihan parti

itu. ” mesti diselesaik­an sebelum tarikh Desmond Khi Ketua Penyelaras Bersama JPP PKR Sarawak

 ??  ?? KEKAL JAWATAN: Raafidin (lima dari kanan) meraikan kemenangan bersama penyokongn­ya.
KEKAL JAWATAN: Raafidin (lima dari kanan) meraikan kemenangan bersama penyokongn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia