Utusan Borneo (Sarawak)

Baharuddin berjaya pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Petra Jaya

-

KUCHING: Baharuddin Datuk Mokhsen berjaya mempertaha­nkan kedudukann­ya sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petra Jaya pada pemilihan cabang itu semalam.

Beliau yang meraih sebanyak 191 undi berjaya menewaskan pencabarny­a, Iswardy Morni dengan 159 undi.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Cabang disandang Kamarulzam­an Ajmi selepas meraih 177 undi berbanding Mohamad Abdul Manaf Ismawi dengan 151 undi.

Naib Ketua Cabang pula disandang Nurhanim Datuk Mokhsen dengan 191 undi berbanding pencabarny­a, Azman Salleh yang meraih 146 undi.

Dalam pada itu, Baharuddin yang ditemui media di Dewan Mengundi Pemilihan PKR Cabang Petra Jaya di sini, berkata proses pengiraan undi berjalan dengan baik meskipun banyak undi yang ditolak.

Menurutnya, pihaknya tidak menghadapi masalah besar semasa proses pengiraan undi kecuali mungkin semasa melakukan e-voting.

“Mereka ( pengundi) tidak menekan butang ‘ hantar’ sebab itu undian ditolak. Untuk makluman, bilangan ahli Cabang Petra Jaya yang turun mengundi hari ini adalah 497 orang. Bagaimanap­un daripada jumlah itu, banyak undi yang ditolak,” ujarnya.

Katanya, keadaan yang sama turut berlaku hampir di seluruh cabang PKR seluruh negara, di mana banyak undi ditolak.

Baharuddin yang mempertaha­nkan jawatan sebagai Ketua Cabang Petra Jaya selama tiga penggal berkata, PKR Petra Jaya mempunyai seramai 1,509 ahlio.

“Dianggarka­n kira-kira 32 peratus ahli datang mengundi dan meskipun nombornya kelihatan kecil namun ini adalah trend yang boleh kita lihat di seluruh negara di mana kira-kira 30 peratus yang datang mengundi, kecuali cabang yang hangat,” katanya

Dalam pada itu, Baharuddin berkata beliau sentiasa menerima dengan tangan terbuka kerjasama Iswardy dengannnya dalam parti.

Baharuddin juga yakin parti dalam keadaan kedudukan bagus untuk memberi perkhidmat­an terbaik dan memenuhi kehendak rakyat memandangk­an kerajaan PH kini mentabdir tampuk kepimpinan pusat.

“Selepas pilihan raya parti ini selesai, fokus seterusnya adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Kita akan buat yang terbaik menghadapi kerajaan GPS,” tegasnya.

 ??  ?? GEMBIRA: Baharuddin diraikan penyokongn­ya sejurus diumumkan sebagai Ketua Cabang Petra Jaya di Kuching semalam.
GEMBIRA: Baharuddin diraikan penyokongn­ya sejurus diumumkan sebagai Ketua Cabang Petra Jaya di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia