Utusan Borneo (Sarawak)

Subsidi nelayan, petani tidak akan ditarik balik

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) tidak akan menarik balik pemberian subsidi kepada golongan nelayan dan petani, biarpun terdapat penguranga­n peruntukan terhadap kementeria­n itu dalam Belanjawan 2019.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub yang memberikan jaminan berkenaan berkata pihaknya sebaliknya hanya akan melaksanak­an subsidi bersasar kepada golongan itu bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak, menerima subsidi berkenaan.

“Untuk tarik, tidak. Cuma kita akan buat apa dinamakan subsidi bersasar. Kita akan fokus kepada golongan yang benar-benar menepati kriteria; sama ada mereka petani, pesawah dan nelayan.

“Sebab itu, kita melakukan pemutihan (proses saringan) kerana ia mengelakka­n ketirisan. Jangan ada nelayan yang mendapat bantuan nelayan tetapi dia bukan nelayan. Saya tidak hendak perkara-perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita sama ada kerajaan akan menarik balik pemberian subsidi kepada nelayan dan petani berikutan penguranga­n peruntukan dalam Belanjawan 2019 selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali bagi kawasan Parlimen Pulai di Taman Bukit Aliff di sini, semalam.

Dalam pembentang­an belanjawan 2 Nov lepas, MoA menerima peruntukan sebanyak RM4.4117 bilion dengan RM3.057 bilion daripadany­a untuk perbelanja­an mengurus manakala selebihnya iaitu RM1.360 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n.

Peruntukan itu adalah lebih rendah berbanding RM6.5 bilion yang diterima MoA dalam Bajet 2018 ketika Barisan Na- sional masih menjadi kerajaan.

Sementara itu, berhubung dakwaan kepimpinan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) kononnya belanjawan kali ini tidak memberi perhatian terhadap nasib golongan petani, pesawah, penternak berikutan terdapat banyak pemotongan peruntukan terhadap golongan itu, Salahuddin berkata beliau tidak nampak ada asas di sebalik tuduhan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Salahuddin (kiri) menyarungk­an cermin mata sebagai sumbangan kepada Zara Nur Ain Mohd Firdaus (tengah), 5, yang mengalami buta pada mata kiri dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Pulai di Taman Bukit Aliff, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Salahuddin (kiri) menyarungk­an cermin mata sebagai sumbangan kepada Zara Nur Ain Mohd Firdaus (tengah), 5, yang mengalami buta pada mata kiri dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Pulai di Taman Bukit Aliff, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia