Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan dibuat daripada caruman KWSP dan akaun bank

-

PARIT BUNTAR: Kerajaan bercadang untuk memperkena­lkan satu mekanisme yang boleh membuat tuntutan terhadap suami yang liat membayar nafkah yang diputuskan Mahkamah Syariah setelah menceraika­n isterinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata langkah itu bertujuan membela kaum wanita yang selama ini ditindas oleh sesetengah suami yang tidak melaksanak­an tangggungj­awab membayar nafkah kepada isteri yang mereka ceraikan.

Beliau berkata mekanisme bagi membolehka­n Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah menggunaka­n kaedah seperti menuntut nafkah daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) dan akaun bank suami untuk membayar nafkah kepada isteri yang diceraikan setelah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Katanya, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) jabatan

Dalam tempoh enam bulan itu, jika isteri tidak mendapat nafkah, tindakan undang-undang akan diambil terhadap suami dan pihaknya juga akan menuntut bayaran selama enam bulan nafkah yang diberikan BSK (kepada isteri) dari suami berkenaan.

itu akan memberi tempoh masa enam bulan kepada suami selepas diputuskan oleh mahkamah untuk membayar nafkah kepada isteri yang diceraikan itu.

“Dalam tempoh enam bulan itu, jika isteri tidak mendapat nafkah, tindakan undang- undang akan diambil terhadap suami dan pihaknya juga akan menuntut bayaran selama enam bulan nafkah yang diberikan BSK (kepada isteri) dari suami berkenaan.

“Saya akan bertemu dengan BSK esok (hari ini) atau lusa (esok) bagi membincang­kan undang-undang, hal tuntutan nafkah kerana ia juga melibatkan negeri-negeri yang berbeza supaya perkara itu dapat diselarask­an,” katanya dalam sidang media selepas majlis Temurapat petani di pekarangan Surau Pak Kassim di Tanjung Piandang dekat sini semalam.

Sementara itu, isu NGO Islam yang menolak Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) Mujahid berkata beliau sudah berjumpa dengan 10 NGO Islam baru-baru ini dan mendengar pendapat dan pandangan mereka.

Katanya, ada beberapa perkara yang perlu ditegaskan, pertamanya ia tidak akan menjejaska­n perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan Islam, Agama, Hak keistimewa­an Bumiputera, Kuasa RajaRaja Melayu dan Hak Negeri untuk mentadbir Islam.

“Kedua ialah jika atau kalau perjanjian itu ditandatan­gani, ia belum menjadi undangunda­ng kerana ianya akan dibentangk­an di Parlimen dan jika ianya boleh diterima dan boleh ditolak jika ada undang-undang yang hendak digubal bersesuaia­n dengan piawaian yang ditetapkan.

Katanya ketiga, ICERD itu sendiri tidak menyebut kita perlu korbankan diskrimina­si yang wujud dalam konteks positif diskrimina­si iaitu pembelaan kepada kaum yang ditindas, malah jika kaum yang ditindas itu tidak dibela, itu merupakan satu diskrimina­si. — Bernama

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia