Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak tadika sukar kenal huruf dan baca boleh rujuk PDM

-

KUALA LUMPUR: Kanakkanak tadika yang masih sukar mengenal huruf atau membaca walaupun sudah setahun berada di tadika boleh dirujuk kepada Persatuan Disleksia Malaysia (PDM).

Timbalan Presidenny­a Jaldeen Ali berkata persatuan akan memberi bimbingan sewajarnya kepada kanakkanak terbabit yang dikhuatiri mengalami disleksia.

“Biasanya kanak- kanak sudah boleh mengenal huruf dan membaca selepas setahun memasuki tadika tetapi mereka yang mengalami disleksia ini walaupun secara fizikalnya adalah normal pembelajar­an mereka sedikit bermasalah, kerana sukar memproses apa yang dipelajari.

“Bagi kanak-kanak normal mereka akan proses dan simpan apa yang dipelajari di otak kiri, tetapi sebaliknya kanak-kanak yang mengalami disleksia mereka proses dan simpan maklumat di otak belah kanan yang tidak mempunyai storage untuk simpan apa yang dipelajari,” katanya kepada pemberita pada Konsert Tahunan PDM 2018 di sini, semalam.

Jaldeen berkata keadaan itu menyebabka­n kanak-kanak mudah lupa dengan apa yang dipelajari dan ibu bapa hendaklah sentiasa peka dengan sebarang perubahan yang dialami anak-anak mereka ketika membesar.

“Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh dibimbing bagi membolehka­n mereka meneruskan pelajaran di sekolah seperti biasa.

“Ramai juga kanak-kanak yang mengalami disleksia ini berjaya dalam pelajaran malah mempunyai kerjaya yang hebat,” katanya.

Sementara itu, Jaldeen turut menyaranka­n Kementeria­n Pendidikan mewujudkan lebih banyak program di sekolah untuk kanak-kanak yang mengalami disleksia bagi membantu mereka dalam pembelajar­an.

Turut hadir memeriahka­n konsert tahunan persatuan itu, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Di konsert itu, kira-kira 200 kanak-kanak disleksia yang mempersemb­ahkan pelbagai lagu dan tarian yang turut menjadi platform meningkatk­an keyakinan diri mereka, seterusnya menaikkan semangat untuk belajar bersungguh­sungguh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia