Utusan Borneo (Sarawak)

Agih peruntukan naik taraf, selenggara sekolah ikut keperluan bukan aliran

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan tahunan yang diberikan kerajaan kepada sekolah perlulah mengambil kira jumlah komposisi pelajar dan bukannya ‘ memukul rata’ mengikut aliran ( kumpulan) sekolah.

Mengulas peruntukan RM652 juta bagi menaik taraf dan menyelengg­ara sekolah yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 baru- baru ini, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Setiawangs­a Amir Sahudi berkata ini kerana perbelanja­an sesebuah sekolah itu berbeza dan bergantung mengikut pelbagai faktor terutamany­a jumlah murid dan lokasi sekolah.

Katanya sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman misalnya mungkin memerlukan peruntukan yang lebih tinggi bagi tujuan pembanguna­n infrastruk­tur dan membantu pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Malaysia mempunyai kira- kira 10,200 sekolah seluruh negara, kita ada sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman dan kita juga ada sekolah ‘ high capacity’ yang muridnya mencecah 3,000 orang dan sekolah dengan hanya 50 murid.

“Kerajaan perlu ambil kira semua perkara itu, jadi sebelum mereka ( kerajaan) membuat kenyataan atau keputusan mereka perlu kajilah dulu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentang­kan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lepas mengumumka­n daripada peruntukan RM652 juta itu, sebanyak RM250 juta diperuntuk­kan bagi menaik taraf dan menyelengg­ara sekolah kebangsaan di seluruh negara.

Manakala, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT), Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tahfiz masing- masing akan menerima peruntukan RM50 juta.

Selain itu, sekolah pondok yang berdaftar akan menerima RM25 juta manakala Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( SMJK) atau Conforming School dan Sekolah Menengah Persendiri­an Cina ( SMPC) masing- masing akan menerima RM15 juta dan RM12 juta.

Susulan pengumuman itu, beberapa pihak termasuk Majlis Perundinga­n Melayu ( MPM) mengkritik agihan peruntukan tersebut yang disifatkan tidak adil dan saksama ( equitable) kerana menjadikan peruntukan purata yang lebih kecil bagi sekolah kebangsaan yang mempunyai jumlah yang lebih banyak berbanding sekolah- sekolah lain.

Pandangan serupa turut dilontar Penganalis­is Ekonomi, Dr Baayah Baba yang berpendapa­t sebarang peruntukan kepada sesuatu sektor perlulah melihat kepada mereka yang memerlukan dan bukannya mengikut faktor lain.

Menurutnya, peruntukan pada sekolah kebangsaan dilihat tidak adil dan tidak bersesuian dengan jumlah yang diperuntuk­kan.

Katanya walaupun pada dasarnya peruntukan sebanyak RM250 juta merupakan satu jumlah yang besar namun jumlah sekolah kebangsaan jauh lebih banyak daripada sekolah aliran lain.

“Sekolah aliran lain seperti sekolah persendiri­an Cina jumlahnya sikit, jadi untuk setiap sekolah mereka akan dapat lebih ( peruntukan),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMERIKSAA­N KAWASAN: Dzulkefly (kanan) membuang takungan air dalam bekas ketika melakukan pemeriksaa­n di kawasan perumahan selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan 2018 di Taman Saujana Seksyen 2, Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PEMERIKSAA­N KAWASAN: Dzulkefly (kanan) membuang takungan air dalam bekas ketika melakukan pemeriksaa­n di kawasan perumahan selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan 2018 di Taman Saujana Seksyen 2, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia