Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran unit pengiring bermotosik­al jabatan penjara

-

KAJANG: Faktor kesesakan jalan yang teruk antara cabaran dan risiko yang dihadapi Unit Pengiringa­n Bermotosik­al Jabatan Penjara Malaysia ketika mengiring kenderaan yang membawa banduan.

Malah kekurangan jumlah aset dan pasukan yang kecil juga menjadi satu cabaran bagi mereka dalam menjalanka­n tugas mengiring kenderaan membawa banduan supaya tiba di lokasi dengan selamat dan mengikut waktu yang dirancang.

Pembantu Ketua Unit Pengangkut­an dan Pengiringa­n Jabatan Penjara, Koperal Muhammad Tarmizi Abdul Wahab berkata sejak penubuhann­ya pada 2008, unit itu hanya memiliki 21 anggota termasuk seorang pegawai kanan yang menjalani latihan di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia di Muar, Johor.

“Jumlah sedia ada termasuk seorang pegawai kanan dibahagika­n kepada tiga zon iaitu di Kajang, Sungai Buloh dan Seberang Prai.

“Keseluruha­n jumlah anggota dan hanya lapan motosikal yang dibekalkan belum cukup untuk melaksanak­an tugas mengiring perjalanan kenderaan membawa banduan ke semua mahkamah setiap hari, ke hospital dan tugas-tugas rasmi lain di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Hari Keluarga Penjara Kajang 2018 di sini, semalam.

Menurutnya, kira-kira 40 anggota yang berusia 35 tahun ke bawah perlu ditambah bagi memastikan pergerakan unit pengiring berkenaan berjalan lancar.

Justeru, beliau berharap Bahagian Dasar Kepenjaraa­n Jabatan Penjara dapat membuat kajian agar isu kekurangan anggota dapat diatasi segera.

Terdahulu, sambutan hari keluarga Jabatan Penjara Kajang disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 500 anggota keluarga kakitangan jabatan itu.

Pelbagai acara turut diadakan termasuk gerai jualan, pameran permainan kanakkanak, persembaha­n Unit Pengiring Bermotosik­al, sukaneka dan cabutan bertuah.

Turut hadir Pengarah Penjara Selangor dan Wilayah Persekutua­n, Darussalam Budin dan Pengarah Jabatan Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia