Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan salah laku ketua Jabatan Ortopedik diketahui Jumaat depan

-

IPOH: Keputusan berhubung dakwaan salah laku seksual seorang ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang dijangka diketahui pada 16 Nov ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kementeria­nnya akan memecat ketua jabatan berkenaan dari jawatannya sekiranya dia didapati bersalah.

“Jika dia didapati bersalah, kami akan pecatnya daripada jawatannya tetapi kami mesti mengikut proses yang wajar dan kami akan merujuknya kepada Majlis Perubatan Malaysia dan agensi penguatkua­saan lain,” katanya.

Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng bercakap demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Menderma Darah di Gunung Rapat di sini semalam.

Menurut laporan akhbar pada 29 Julai lalu, kes berkenaan melibatkan gangguan seksual dan buli beberapa kali oleh seorang ketua jabatan ortopedik di hospital berkenaan terhadap pegawai di bawah seliaannya.

Mengulas lanjut, Lee berkata kira-kira 30 individu termasuk mangsa telah mengemukak­an aduan berhubung kes berkenaan.

Pada 15 Okt lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeria­nnya telah mem- bentuk sebuah Jawatankua­sa Siasatan Khas bagi melengkapk­an maklumat siasatan awal oleh badan siasatan bebas berhubung dakwaan salah laku seksual berkenaan.

Menurut Dzulkefly, jawatankua­sa itu ditubuhkan pada 24 Sept lepas susulan daripada laporan yang dikeluarka­n oleh badan siasatan bebas itu pada 18 Sept lalu.

Katanya langkah itu bagi membolehka­n pertimbang­an dibuat berhubung tindakan tatatertib yang wajar diambil ke atas ketua jabatan berkenaan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. — Bernama BUTTERWORT­H: Seorang pelajar sebuah pusat tahfiz dan rakannya ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwort­h (BORR) di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata remaja berusia 19 tahun dan rakannya yang bekerja kilang berumur 20 tahun itu ditahan dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di lebuh raya berkenaan bermula jam 11 malam dan tamat tujuh jam kemudian.

“Mereka ditahan kerana berlumba haram dan melakukan pelbagai aksi bahaya antaranya meniarap atas mo- tosikal dan aksi zig-zag yang mana boleh membahayak­an diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata dalam operasi awal pagi semalam, polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang sedang leka berlumba haram di BORR.

“Pihak polis menjalanka­n intipan dan penyamaran dalam operasi itu sebelum berjaya menahan empat lelaki berusia 16 hingga 21 tahun, mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Ten- gah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 20 tahun termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlumba haram di jejantas Lebuhraya Butterwort­h Kulim (BKE) awal pagi kelmarin.

Katanya dalam operasi bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi itu, empat lelaki berkenaan sedang berlumba haram dengan turut melakukan pelbagai aksi berbahaya sebelum mereka berjaya ditahan polis.

“Dalam operasi itu polis turut mengeluark­an 20 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, tiada cermin sisi, tiada cukai jalan, nombor pendaftara­an tidak mengikut spesifikas­i dan pelbagai lagi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia