Utusan Borneo (Sarawak)

PH tidak akan langgar perlembaga­an negara dalam ratifikasi ICERD

-

MUAR: Kerajaan Pakatan Harapan ( PH) tidak akan melanggar mana-mana perkara yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n berhubung isu meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan pelaksanaa­n ratifikasi ICERD dan tidak perlu terburu-buru kerana perkara itu perlu dinilai sedalam-dalamnya kerana tidak mahu melanggar Artikel 153 Perlembaga­an Persekutua­n, sistem Raja Berperlemb­agaan, kedudukan Islam dan mana-mana hak termaktub dalam Perlembaga­an.

“Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya serta mengamalka­n cara kehidupan yang berbeza dengan negara-negara lain, apa yang penting kita perlu menjaga kesejahter­aan dan keamanan serta hubungan baik antara kaum yang ada di negara kita,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Pembanguna­n HPTP melibatkan kawasan seluas lebih 400 hektar dibangunka­n secara berfasa sejak 2012, sehingga kini menempatka­n empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Uni- versiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN).

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata PH adalah kerajaan yang bertanggun­gjawab dan segala keputusan yang akan diambil dalam pelaksanaa­n ratifikasi ICERD akan diteliti dan mengambil kira kepentinga­n semua pihak.

“Bagaimanap­un di peringkat kerajaan perkara itu belum lagi menjadi keputusan yang muktamad. Sebarang bentuk pelaksanaa­n ratifikasi ICERD ini mesti ada proses konsultasi dengan pelbagai pihak sebelum ianya diputuskan oleh jemaah menteri. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah pun memberikan penjelasan dan pendirian mereka.

“Pendirian kita, kita telah mendapat banyak input daripada anggota BERSATU yang menyatakan kebimbanga­n mereka sekiranya perkara ini membawa kesan kepada negara dan menjadi kesulitan selain wajarkah ICERD diaplikasi­kan. Info yang kita terima, sebahagian besar tidak bersetuju,” katanya yang juga Presiden PH Johor.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifika­si ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangk­an Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masingmasi­ng dengan kepentinga­n tertentu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia