Utusan Borneo (Sarawak)

Kemajuan teknologi perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh usahawan agro tempatan

-

BALIK PULAU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) akan memperkasa­kan portal jualan dalam talian, AgroBazaar Online berikutan pembelian produk dan perkhidmat­an dalam talian yang semakin menjadi ‘budaya’ dalam kalangan rakyat negara ini.

Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata melalui AgroBazaar Online, pasaran produk pertanian tempatan semakin meluas seiring dengan kemajuan teknologi terkini dan ia perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh usahawan agro tempatan.

“Usaha memasarkan produk berasaskan industri asas tani, agroperkhi­dmatan, perikanan, ternakan, tanaman dan agropelanc­ongan menerusi dalam talian perlu diperkemba­ngkan lagi bagi memastikan platform tersebut digunakan sebaik mungkin dalam menjana pendapatan.

“Kenapa syarikat e- dagang seperti Lazada boleh buat (platform pemasaran) sehingga terkenal dan saya kalau boleh mahu AgroBazaar Online jadi seperti Lazada. Ia akan jadi platform untuk usahawan kecil dan sederhana untuk pasarkan produk mereka,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Pasar Tani Bersih Peringkat Pulau Pinang di Pasar Tani Balik Pulau, di sini semalam.

Pelancaran itu disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Mohd Tuah Ismail dan turut hadir Pengarah Kanan Perkhidmat­an dan Pengurusan Datuk Dr Mat Sani Hassan.

Ishak berkata platform jualan dalam talian itu dilancarka­n Disember 2016 dan kini kian berkembang apabila berjaya menjana jualan produk agro bernilai RM3.05 juta sejak AgroBazaar Online dilancarka­n.

Katanya bermula dengan 300 produk, AgroBazaar kini menjual lebih 11,000 produk agro tempatan yang melibatkan kira-kira 5,000 usahawan berdaftar dengan portal tersebut.

“Jumlah usahawan dan produk jualan yang meningkat setiap bulan menunjukka­n bahawa trend jualan produk agro secara dalam talian semakin mendapat sambutan bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, usahawan yang berminat untuk menyertai AgroBazaar Online boleh mendaftar di bawah FAMA, manakala pembelian produk secara dalam talian boleh dilakukan melalui www. agrobazaar.com.

Sementara itu, beliau berkata bermula 1 Jan depan, semua gerai milik peserta pasar tani akan diberikan penarafan mengikut tahan kebersihan menerusi kempen Pasar Tani Bersih fasa dua.

“Setiap gerai usahawan akan diberikan penarafan mengikut tahap sangat bersih (A), bersih (B), kurang bersih (C) dan kotor (D). Jika ada gerai yang mendapat skor D, FAMA akan memuat pemantauan dan kalau mereka masih tidak mempedulik­an aspek kebersihan kemungkina­n meraka akan terkeluar daripada senarai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARGA PASARAN: Ishak (kiri) bersama Mohd Tuah (dua kiri) ketika menjual minyak botol di bawah harga pasaran kepada orang ramai pada Pelancaran Kempen Pasar Tani Bersih bertemakan ‘Kebersihan Pasar Tani Bermula di Gerai Anda’, Balik Pulau, semalam.
— Gambar Bernama HARGA PASARAN: Ishak (kiri) bersama Mohd Tuah (dua kiri) ketika menjual minyak botol di bawah harga pasaran kepada orang ramai pada Pelancaran Kempen Pasar Tani Bersih bertemakan ‘Kebersihan Pasar Tani Bermula di Gerai Anda’, Balik Pulau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia