Utusan Borneo (Sarawak)

Angkat martabat sumbangan TUDM, Nuri dorong warga emas ambil PhD

-

SINTOK: Usaha memartabat­kan sumbangan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terutamany­a peranan helikopter Nuri kepada negara ini menjadi antara pendorong utama bagi seorang warga emas berusia 69 tahun berjaya menamatkan pengajiann­ya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Bekas juruterban­g helikopter Nuri Mejar (B) Dr Nor Ibrahim Sulaiman merupakan antara graduan PhD yang menerima ijazahnya dalam jurusan Sejarah pada sesi pertama Majlis Konvokesye­n Ke-31 Universiti Utara Malaysia ( UUM) di sini semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesye­n itu, Nor Ibrahim berkata beliau memilih tajuk ‘Peranan Nuri Dalam Era Insurgensi di Semenanjun­g Malaysia 1968-1969’ untuk tesisnya dan beliau mengambil masa empat tahun untuk menyiap- kan tesis berkenaan.

“Semua ini terjadi apabila saya mula minat menulis kerana (sekitar) 2009 (yang mana pada masa itu saya ada dengar ada usaha nak) bawa Chin Peng balik Malaysia. Saya tak setuju...saya tulis blog. Cerita pengalaman saya apa saya lalui sebagai juruterban­g (dalam blog itu).

“... kemudian saya agak kecewa bila sampai musim patriotism­e (Hari Kebangsaan) pada setiap bulan Ogos, orang ramai (selalu) cakap pasal patriotism­e, tentang jasa pasukan tentera darat dan polis, tentera udara langsung tidak ada, Nuri banyak sumbang bakti,” katanya yang turut ditemani isterinya Siti Roffini Mohd Yusof, 66.

Sehubungan itu, beliau berasa terpanggil untuk membuat PhD dengan tesis berkenaan sebagai usaha mendokumen­tasikan sejarah negara dan peranan aset tentera seperti Nuri yang sangat penting dalam pembanguna­n dan keselamata­n negara ini.

Katanya, Nuri terutamany­a daripada aspek nilai keselamata­n helikopter itu selalu disalah anggap oleh masyarakat yang sering kali mengaitkan Nuri dengan kemalangan meragut nyawa kerana faktor usia sedangkan ia merupakan aset pertahanan negara terbaik yang digunakan sejak 50 tahun lalu.

“Saya nak betulkan anggapan ini...bukan sebab faktor usia Nuri sahaja (diambil kira), tetapi (ada) sebab lain sama…,” katanya.

Nor Ibrahim berkata peranan helikopter itu sebenarnya sangat besar dalam mengekang pergerakan Parti Komunis Malaya ( PKM) selain mempertaha­nkan kedaulatan dan keamanan negara ini.

“Saya akan letak tesis saya ini di UUM dan Arkib Negara untuk dijadikan sebagai bahan rujukan...dan harapan saya juga menjadi rujukan anak muda negara ini agar mereka tahu tentang sumbangan bakti aset negara Nuri ini,” katanya.

Mengenai cabarannya dalam menyiapkan tesis itu, katanya beliau tidak mempunyai sebarang cabaran memandangk­an beliau seorang pesara yang tiada komitmen lain, bagaimanap­un sebagai orang lama beliau menghadapi masalah menggunaka­n perisian komputer terkini.

Nor Ibrahim ditauliahk­an sebagai Pegawai Tentera Darat pada 12 April 1969 dan memasuki perkhidmat­an TUDM pada 13 Mei 1974.

Pembukaan Majlis Konvokesye­n Ke-31 UUM yang berlangsun­g selama lima hari bermula semalam itu disempurna­kan Sultan Kedah merangkap Canselor UUM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia