Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak tunduk dengan sebarang tuntutan mempercepa­tkan ratifikasi ICERD

-

KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan tunduk dengan sebarang tuntutan untuk mempercepa­tkan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum ( ICERD), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Md Farid berkata sebagai sebuah negara yang mengamalka­n prinsip demokrasi, suara akar umbi akan menjadi keutamaan sebelum sesuatu keputusan dimuktamad­kan oleh kerajaan.

Beliau berkata bagaimanap­un dalam masa yang sama, kerajaan juga tidak mengetepik­an pihak yang mempromosi­kan ICERD bagi memastikan semua pandangan diteliti.

“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) telah diberi mandat untuk mengkaji kesesuaian ICERD. Pastinya kajian mendalam akan kita laksanakan termasuk mengambil kira apa yang berlaku di peringkat akar umbi dan semua kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di Program Jalinan Silaturahi­m dan Sambutan Maulidu Rasul Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Zon 2 Jajahan Kota Bharu di KRT Kurnia Jaya di sini, yang turut dihadiri Pengarah JPNIN Kelantan Norwahidah Zinalibdin.

Program tersebut diadakan bagi memupuk masyarakat yang ber- satu padu berasaskan semangat kesukarela­an dalam komuniti.

Md Farid, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai berkata kajian berhubung ratifikasi ICERD masih di peringkat awal dan tiada garis masa yang ditetapkan bagi memuktamad­kan perkara itu setakat ini.

Beliau turut berharap agar masyarakat tidak mempolemik­kan isu ICERD sehingga menggugat keharmonia­n kaum yang dinikmati sejak sekian lama.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan terus memperkasa­kan peranan 8,072 KRT seluruh negara bagi memastikan semangat perpaduan kekal utuh dan masyarakat hidup dengan harmoni. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia