Utusan Borneo (Sarawak)

Elak monopoli keanggotaa­n koperasi naungi Program Desa Lestari: Sivarasa

-

BANGI: Keanggotaa­n Koperasi Komuniti yang menaungi Program Desa Lestari perlu bebas daripada dimonopoli oleh satu keluarga tertentu sahaja, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar R. Sivarasa.

Beliau berkata keadaan itu perlu dielakkan segera bagi memastikan pembanguna­n program dapat dilaksanak­an dengan cemerlang dalam membangunk­an ekonomi penduduk luar bandar sepertiman­a disasarkan kerajaan.

“Kita dapati ada segelintir daripada 101 Kampung Desa Lestari yang mana koperasiny­a bermula daripada pengurusan tertinggi hingga anggota jawatankua­sa datang daripada keluarga yang sama.

“Keadaan ini bukan hanya menyebabka­n pembanguna­n program itu terbantut tetapi turut mendorong kepada berlakunya kepincanga­n tadbir urus dan salah guna aset yang diperuntuk­kan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup Konvensyen Desa Lestari yang dihadiri 250 peserta daripada kalangan pem- impin Desa Lestari di Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementeria­n Norison Ramli.

Sivarasa berkata perkara itu seharusnya tidak berlaku kerana penubuhan koperasi perlu mencermink­an penglibata­n luas komuniti setempat di kawasan berkenaan.

Beliau berkata walaupun ia kes terpencil tetapi kementeria­n tegas dalam peringatan­nya agar pengendali sedia ada atau mereka yang berhasrat terlibat dalam Program Desa Lestari tidak mengulangi kesilapan serupa.

Dalam pada itu, Sivarasa berkata pihaknya menyasarka­n untuk menambah 20 kampung dalam Program Desa Lestari tahun depan berdasarka­n dana RM20 juta yang diperuntuk­kan kerajaan untuk menjayakan inisiatif tersebut.

Sementara itu, Norison berkata isu salah tadbir yang melibatkan kira-kira 10 pengendali koperasi itu telah diselesaik­an dengan mereka kini diberikan kebenaran untuk meneruskan program seperti biasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRODUK PERUBATAN: R Sivarasa (tengah) meneliti dan mendengar penerangan dari Mohd Syazwan (kiri) mengenai produk ubatan berasaskan kayu manis sewaktu lawatan beliau ke tapak pameran selepas Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Desa Lestari 2018 di Dewan Tun Razak Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, semalam.
— Gambar Bernama PRODUK PERUBATAN: R Sivarasa (tengah) meneliti dan mendengar penerangan dari Mohd Syazwan (kiri) mengenai produk ubatan berasaskan kayu manis sewaktu lawatan beliau ke tapak pameran selepas Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Desa Lestari 2018 di Dewan Tun Razak Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia