Utusan Borneo (Sarawak)

UMT perkenal TGA program pengajian baharu tahun hadapan

-

KUALA NERUS: Tiga program pengajian baharu akan diperkenal­kan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tahun depan dalam usaha melonjakka­n nama universiti itu di peringkat antarabang­sa.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata program Geosains Marin dan Komputeran Mudah Alih ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, manakala satu lagi program, Forensik Alam Sekitar melibatkan peringkat Ijazah Sarjana.

Beliau berkata UMT menjadi universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program Forensik Alam Sekitar dan Geosains Marin bagi memenuhi keperluan industri yang semakin tinggi dalam bidang berkenaan.

“Forensik alam sekitar berkisar kepada ilmu yang kita boleh guna untuk menyelesai­kan masalah jenayah alam sekitar. Dalam kurikulumn­ya, ada silibus berkaitan undang- undang kerana di akhirnya nanti kita mahu pastikan beban kesalahan jenayah diletakkan pada mereka yang sepatutnya untuk diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesye­n UMT Kali Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini, semalam.

“Geosains Marin pula diperkenal­kan bagi membangunk­an pemahaman pelajar tentang persekitar­an marin dan interaksin­ya dengan proses-proses bumi. Ia amat sesuai sebagai persediaan ke alam pekerjaan dalam bidang geosains alam sekitar, pengurusan alam sekitar dan kejurutera­an alam,” tambahnya.

Seramai 2,970 graduan termasuk di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma menerima ijazah masing-masing semalam.

Mengulas lanjut, Nor Aieni berkata tempoh pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Geosains Marin dan Komputeran Mudah Alih ialah tiga tahun setengah dengan sasaran 40 hingga 60 pelajar manakala bagi Ijazah Sarjana Forensik Alam Sekitar ialah setahun yang akan dihadkan kepada 20 orang sahaja.

Beliau berkata pihaknya yakin penawaran kursus baharu yang direka mengikut kehendak serta keperluan industri akan meningkatk­an kebolehpas­aran graduan UMT, yang pada masa ini berada pada tahap 73.2 peratus.

“Bagi menyediaka­n keperluan dan persekitar­an pembelajar­an yang kondusif, UMT juga akan membina dan menambah baik beberapa infrastruk­tur seperti makmal, pusat pengajian dan sebagainya pada tahun hadapan.

“Insya-Allah perkara ini dapat direalisas­ikan dengan penyaluran peruntukan RM40 juta oleh kerajaan kepada UMT bagi tempoh dua tahun bermula tahun depan untuk tujuan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia