Utusan Borneo (Sarawak)

Apa sahaja urusan pemilihan akan dikendalik­an JPP

-

PORT DICKSON: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak boleh mencampuri urusan pemilihan parti sebaliknya menyerahka­n hal itu kepada Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, walaupun ramai pihak yang mendesakny­a untuk berbuat sesuatu tetapi parti telah membuat keputusan bahawa apa sahaja urusan pemilihan akan dikendalik­an JPP.

“Banyak orang minta saya campur tetapi saya tidak boleh. Ini yang tidak difahami termasuk media.

“Saya tidak boleh campur dalam urusan pemilihan selain memastikan jangan ada penipuan, ugutan dan saya minta JPP melantik orang yang betul-betul bebas dan bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Wushu Piala Long Yi Port Dickson di sini semalam.

Anwar berkata walaupun dia mendapat maklumat berkaitan beberapa cubaan untuk mengganggu urusan pengundian seperti kerosakan tablet, serangan siber dan sebagainya, tiada apa yang boleh dibuat kerana semua berada di bawah bidang JPP.

“Saya minta calon-calon untuk terima apa saja keputusan dengan baik dan kalau ada kes seperti mana diang-

Saya minta calon-calon untuk terima apa saja keputusan dengan baik dan kalau ada kes seperti mana dianggap ada penipuan, kerosakan tablet, ugutan... itu dibawa kepada polis, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR

gap ada penipuan, kerosakan tablet, ugutan... itu dibawa kepada polis, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia.

“Terima saja apa keputusan berdasarka­n pandangan JPP dan saya minta pihak JPP meneliti tiap bantahan supaya benda itu diterima dengan baik,” katanya.

Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini, menjangkak­an keputusan penuh Pemilihan Keadilan 2018 berkemungk­inan akan lewat sedikit.

“Saya ingat berdasarka­n pandangan JPP mungkin akan lewat sedikit (keputusan penuh).

“Tetapi saya tidak fikir kita akan panjangkan lagi sebab memanjangk­an proses pemilihan ini menimbulka­n banyak sangat pertelagah­an dalaman,” katanya.

Ditanya kedudukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kerajaan memandangk­an dia kini sudah tidak memegang jawatan dalam PKR, Anwar berkata isu itu tidak menjadi masalah.

“Itu tidak berbangkit sebab keputusan dulu perdana menteri ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalan perdana menteri pula Azizah. Itu keputusan dibuat Pakatan Harapan,” katanya.

Semalam, tujuh cabang PKR yang bermasalah dalam pemilihan parti mengadakan semula pengundian di kawasan masing-masing iaitu Kuala Selangor, Selangor; Jelebu, Negeri Sembilan;Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Kota Melaka dan Jasin di Melaka.

Pada pemilihan kali ini, sebanyak 76 jawatan dipertandi­ngkan di peringkat pusat dan hampir 10,212 jawatan dipertandi­ngkan di peringkat cabang seluruh Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia