Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,700 perwakilan ke Kongres Nasional PKR

-

PETALING JAYA: Seramai 2,735 perwakilan akan menyertai Kongres Nasional PKR 2018 dari 16 hingga 18 Nov ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka terdiri daripada perwakilan yang dihantar oleh 217 cabang parti itu dari seluruh negara selain perwakilan sayap Wanita Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

“Ini adalah perwakilan yang layak hadir... kita ada 218 cabang tapi satu cabang iaitu cabang Labis gagal melaksanak­an mesyuarat tahunannya menyebabka­n mereka tidak boleh menghantar perwakilan ke kongres,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Kongres kali ke-13 itu yang akan menggunaka­n tema ‘Memaknai Demokrasi, Menterjema­h Demokrasi’ turut dihadiri pemerhati dan jemputan khas termasuk wakil kedutaan, badan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara.

Tema itu, katanya, dilihat sangat signifikan dan sesuai dengan kedudukan PKR hari ini sebagai satu daripada parti pemerintah dalam Pakatan Harapan (PH).

“Berbeza dengan kongres terdahulu, PKR lebih mengambil peranan sebagai pendesak, pengkritik dan hanya mengusulka­n idea, tetapi kali ini kami perlu mengusulka­n sesuatu dan menterjema­hkan apa yang diusulkan itu,” katanya.

Menjelas lanjut, Saifuddin berkata kongres itu akan dimulakan dengan perasmian sayap AMK dan Wanita oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diikuti perasmian Kongres Nasional PKR oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berbeza berbanding amalan kongres sebelum ini, Saifuddin berkata perbahasan usul pada kongres kali ini hanya akan memfokuska­n kepada satu usul sahaja iaitu usul ucapan dasar presiden dengan 16 pembahas akan mengambil bahagian dalam sesi yang dijalankan selama dua hari.

Sesi penggulung­an pula akan diadakan pada hari terakhir kongres oleh ketua sayap AMK dan Wanita, setiausaha agung, naib-naib presiden, timbalan presiden dan diakhiri dengan presiden.

“Sebelum ini, kita pecahkan topik-topik usul seperti pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya tapi kongres kali ini kita hanya ada satu usul sahaja iaitu ucapan dasar presiden, tetapi di dalam ucapan dasar itu terkandung pelbagai elemen merangkumi semua topik.

“Jadi kita memberi kebebasan kepada pembahas untuk membangkit­kan apa sahaja perkara dan terserah kepada pembahas itu untuk memfokuska­n kepada isu-isu tertentu jika mereka berpandang­an begitu,” katanya.

Ditanya sama ada, kongres kali ini akan membuat ketetapan mengenai kedudukan jawatan Ketua Umum PKR, Saifuddin berkata setakat ini parti belum membuat sebarang keputusan mengenainy­a.

Selain itu, Saifuddin berkata semua pemimpin yang telah memenangi pemilihan parti akan mengambil tempat sebagai kepimpinan baharu PKR pada hari terakhir kongres itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Saifuddin ketika sidang media berkaitan Kongres Nasional Tahunan 2018 di Ibu Pejabat Keadilan semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Saifuddin ketika sidang media berkaitan Kongres Nasional Tahunan 2018 di Ibu Pejabat Keadilan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia