Utusan Borneo (Sarawak)

Kekecohan pemilihan PKR sebab pertambaha­n anggota parti

-

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkina­n kekecohan yang tercetus di pusat pemilihan PKR cabang Julau di Sarawak barubaru ini disebabkan pertambaha­n besar anggota parti itu.

Beliau berkata berikutan jumlah anggota yang terus berkembang, proses pemilihan PKR di peringkat cabang itu menjadi semakin susah untuk dikendalik­an.

“Parti kita dah berkembang, dulu anggota sikit sahaja maka masalah pun sikit sahaja, kini kita berkembang dengan ramai jadi banyak masalah dan kita juga tak boleh nafikan mungkin ada penyusup datang merosakkan parti,” katanya selepas majlis penutup Hari Puteri Peringkat Kebangsaan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia di Kompleks Darul Puteri, di Cheras.

Berikutan kejadian itu, Dr Wan Azizah mahu Jawa- tankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyiasat perkara itu secara berkecuali bagi mencari penyelesai­an menyeluruh.

Wan Azizah mengulas mengenai keputusan pemilihan PKR bagi Cabang Julau, kelmarin yang digantung serta-merta selepas pihak JPP mengesan serangan siber pada 10 unit tablet yang digunakan untuk mengendali­kan e-undi.

Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din berkata dilaporkan berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada penceroboh­an perisian Prey Anti-Theft, justeru laporan berhubung serangan terbabit dihantar bagi mendapatka­n maklumat balas pasukan keselamata­n siber JPP di Petaling Jaya.

Sementara itu ditanya mengenai kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan di Bandar Baru Bangi, Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap pesalah yang terlibat akan dikenakan hukuman berat.

Beliau juga mengingatk­an ibu bapa untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh yang berdaftar bagi mengelakka­n kejadian serupa daripada berulang lagi.

“Walaupun dia (suami pengasuh) diuji positif dadah namun ini adalah jenayah kejam. Sesuatu yang tak boleh diterima, adakah sifat kemanusiaa­n kita telah lebur,” katanya mengulas kejadian bayi tersebut yang meninggal dunia semalam, selepas dua hari kritikal akibat perbuatan tidak berperikem­anusiaan suami kepada pengasuh.

Mengenai kejadian 29 kanak-kanak di sebuah pusat jagaan pertubuhan kebajikan anak yatim di Temerloh, dipercayai dicabul dan didera, Wan Azizah berkata kesemua mereka telah diselamatk­an oleh Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMERIKSAA­N: Dr Wan Azizah memeriksa perbarisan kawalan kehormat Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) semasa hadir pada Majlis Penutupan Rasmi sempena Hari Puteri Peringkat Kebangsaan PPIM 2018 semalam.
— Gambar Bernama PEMERIKSAA­N: Dr Wan Azizah memeriksa perbarisan kawalan kehormat Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) semasa hadir pada Majlis Penutupan Rasmi sempena Hari Puteri Peringkat Kebangsaan PPIM 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia