Utusan Borneo (Sarawak)

The Foxes berikan penghormat­an penuh emosi kepada Vichai Pemilik Leicester itu antara yang terkorban dalam satu kemalangan helikopter di luar Stadium King Power pada 27 Okt lepas

-

LONDON, England: Leicester memberikan penghormat­an penuh emosi kepada pemilik kelab, mendiang Vichai Srivaddhan­aprabha, sebelum seri tanpa jaringan dengan Burnley sementara gol pertama Juan Foyth untuk Tottenham memastikan kemenangan 1-0 di Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Vichai adalah antara lima orang yang terkorban dalam satu kemalangan helikopter di luar Stadium King Power pada 27 Oktober yang lepas.

Menjelang perlawanan pertama di Stadium King Power sejak kemalangan tragik itu, sekitar 10,000 penyokong Leicester disertai oleh pemain kelab seperti Harry Maguire dan James Maddison berarak ke stadium untuk memperinga­ti Vichai.

Di bawah kepimpinan Vichai, Leicester memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2016 walaupun memulakan musim pada kebarangka­lian 5,000-1 untuk menang.

Sehari sebelum perlawanan, kelab mengumumka­n rancangan untuk membina tugu Vichai di stadium dan kelab menghargai sumbangan pemilik kelab dengan video penghargaa­n selama dan dua minit tafakur sebelum sepak mula.

Anak lelaki Vichai, Aiyawatt meletakkan kalungan bunga dan tangisan kelihatan di seluruh King Power ketika penyokong mengangkat skaf dengan slogan “Selamanya di hati kami”.

Turut ada juga tepukan kuat pada minit ke-60 untuk menandakan usia Vichai ketika beliau meninggal dunia.

L e i c e s t e r , y a n g menewaskan Cardiff 1- 0 pada perlawanan pertama selepas kematian Vichai, telah menerbangk­an ramai pemain dalam skuad ke Thailand untuk menyertai upacara

Ia adalah sukar dengan semua emosi sebelum perlawanan. Kami tidak bernasib baik tetapi saya berasa bangga dengan prestasi pemain kerana mereka memberikan yang terbaik dalam situasi ini. Claude Puel Pengurus Leicester City

pengebumia­n.

Dalam padang, skuad kendalian Claude Puel menangani keletihan dengan satu lagi aksi meyakinkan menentang Burnley tetapi tetap gagal menembusi benteng kebal Burnley.

“Ia adalah sukar dengan semua emosi sebelum perlawanan. Kami tidak bernasib baik tetapi saya berasa bangga dengan prestasi pemain kerana mereka memberikan yang terbaik dalam situasi ini,” kata Puel.

“Ia adalah minggu yang sukar bagi persediaan perlawanan tanpa sesi latihan penuh selain perjalanan jauh ke Bangkok

“Saya berharap kami boleh meneruskan respons ini untuk menghargai pengerusi kami.”

Di Selhurst Park, Foyth menanduk gol minit ke66 untuk memastikan penampilan kesebelasa­n utama yang kedua beliau lebih baik dari penampilan pertama.

Foyth, pemain pertahanan berusia 20 tahun dari Argentina, menghadiah­kan dua tendangan penalti ketika Tottenham hampir mensia-siakan pendahulua­n 3-0 sebelum menang 3-2 di Wolves.

Kemenangan mengekalka­n Spurs di tangga keempat tetapi berkongsi mata dengan pasukan di tangga kedua Chelsea dan Liverpool di tangga ketiga, dengan keduadua pasukan itu bermain lewat.

Spurs, yang kehilangan Kieran Trippier dan Erik Lamela kerana kecederaan, juga empat mata di hadapan Arsenal di tangga kelima, yang bermain lewat men e n t a n g Wolves.

“S a y a berasa sangat bangga k e r a n a p a s u k a n beraksi dengan baik d a l a m keadaan sukar dan mengutip tiga mata penuh,” kata peng u r u s Spurs, Mauricio Pochettino. “Ia hebat untuk Foyth. Beliau bermain dengan sangat baik. Beliau perlu belajar dan terus meningkatk­an p r e s t a s i tetapi beliau satu prospek yang sangat bagus untuk kami.”

Newcastle mengesahka­n kemenangan liga kedua berturut-turut buat kali pertama dalam tempoh sembilan bulan apabila menewaskan Bournemout­h 2- 1 di St James’ Park.

Salomon Rondon menjaringk­an gol pertama liga beliau untuk Newcastle apabila merembat bola dari jarak dekat pada minit ketujuh.

Rondon menambah jaringan lima minit sebelum rehat tetapi Jefferson Lerma merapatkan kedudukan pada minit akhir separuh masa pertama untuk kedudukan 2-1 pada masa rehat.

Newcastle bagaimanap­un berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengutip tiga mata berharga.

Pada perlawanan lain, Southampto­n kini mengharung­i lapan perlawanan liga tanpa kemenangan selepas seri 1-1 dengan Watford di St Mary’s.

Selepas dibelasah 1-6 oleh Manchester City minggu lepas, Southampto­n membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi gol pertama Manolo Gabbiadini musim ini dan juga gol liga pertama kelab (bukan penalti) pada tempoh 615 minit.

Southampto­n tidak bernasib baik diberikan gol kedua selepas pengadil perlawanan, Simon Hooper membatalka­n jaringan Charlie Austin kerana merasakan Maya Yoshida berkeduduk­an ofsaid walaupun Yoshida hanya berdiri berhampira­n dengan bola tanpa menyentuhn­ya.

Kekecewaan itu dibu- rukkan lagi apabila Jose Holebas mengikat kedudukan buat Watford pada minit ke-82.

“Ia tidak masuk akal. Kami menjaringk­an gol sempurna yang dibatalkan. Pengadil menyebabka­n kami hilang dua mata,” kata Austin.

“Mereka berkata ia ofsaid, ia lucu sekali. Orang bercakap tentang VAR (sistem video bantuan pengadil), jika ini adalah liga terbaik yang paling banyak ditonton di dunia, maka ia boleh memberikan bantuan yang diperlukan.”

Cardiff bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Brighton 2- 1 sementara Huddersfie­ld kekal dalam zon penyingkir­an selepas seri 1-1 dengan West Ham United. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PUEL PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Para pemain Leicester menyertai sekitar 10,000 penyokong berarak ke stadium untuk memperinga­ti Vichai sebelum sepak mula perlawanan di Leicester, Britain Sabtu lepas.
— Gambar Reuters PUEL PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Para pemain Leicester menyertai sekitar 10,000 penyokong berarak ke stadium untuk memperinga­ti Vichai sebelum sepak mula perlawanan di Leicester, Britain Sabtu lepas.
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH BERHARGA: Para pemain Dortmund meraikan kemenangan mereka selepas tamat perlawanan Bundesliga Jerman menentang Bayern di Signal Iduna Park, Dortmund Sabtu lepas.
— Gambar Reuters PENUH BERHARGA: Para pemain Dortmund meraikan kemenangan mereka selepas tamat perlawanan Bundesliga Jerman menentang Bayern di Signal Iduna Park, Dortmund Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia