Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Ruiz dan jaringan sendiri Biraschi bantu Napoli raih tiga mata berharga

-

MILAN, Itali: Gol pemain tengah, Fabian Ruiz dan gol sendiri Davide Biraschi memastikan kemenangan 2-1 Napoli ke atas Genoa dalam aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Christian Kouame mengejutka­n Napoli dengan gol pembukaan Genoa pada minit ke-20 pada perlawanan tertangguh 13 minit dalam separuh masa kedua kerana hujan lebat.

Ruiz, pemain gantian, mengikat kedudukan buat Napoli tidak lama selepas permainan disambung semula sebelum Biraschi menambah kekecewaan pasukan tuan rumah apabila tertanduk bola ke pintu gol sendiri tiga minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan itu meletakkan Napoli ke tangga kedua, tiga mata di belakang pendahulu liga, Juventus, yang bermain lewat menen- tang AC Milan dan tiga mata di hadapan Inter Milan, yang menentang Atalanta.

“Kemenangan ini lebih bermakna dari tiga mata kerana ia dicapai dalam keadaan padang yang sukar selepas hujan lebat,” kata pemain tengah Napoli, Allan.

“Kami menang dan ia adalah apa yang penting. Ia memberikan kami kelegaan sebelum rehat bola sepak antarabang­sa.”

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu mensia-siakan beberapa peluang dalam separuh masa pertama dengan rembatan Lorenzo Insgine terkena palang selain cubaan Arkadiusz Milik dihadang di hadapan pintu gol.

Dries Mertens bermula di bangku simpanan dengan Milik dan Krzysztof Piatek bermula di jentera serangan buat Napoli.

K e g a g a l a n N a p o l i menyempurn­akan peluang diburukkan lagi dengan gol pembukaan Genoa apabila Kouame menyempurn­akan hantaran lintang Romulo untuk gol kedua beliau musim ini.

Penjaga gol Genoa, Andrei Radu kemudian menepis satu hantaran bahaya Jose Callejon sebelum sampai kepada Milik untuk menafikan gol penyamaan Napoli dalam separuh masa pertama.

Napoli sudah tewas kepada di kota Genoa musim ini apabila tewas 0- 3 kepada Sampdoria dan satu lagi kekalahan dibayangka­n ketika hujan mulai turun.

Tetapi Ruiz berjaya mengikat kedudukan apabila menyempurn­akan hantaran Allan.

Keadaan semakin buruk buat Genoa apabila Biraschi tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk memberikan gol kemenangan kepada Napoli dan kekalahan ketiga berturut- turut mereka selepas tewas 0-5 kepada Inter minggu lepas.

Pada perlawanan awal, pendatang baharu liga, Parma, menang 2-1 di Torino untuk berkongsi 17 mata di tangga kelapan liga.

Skuad kendalian Walter Mazzari itu belum tewas sejak kalah kepada Napoli pada 23 September.

Cagliari bangkit dari ketinggala­n 0- 2 sebelum mengikat kedudukan 2-2 di SPAL, yang menjaringk­an gol menerusi tandukan Andrea Petagna seawal minit ketiga sebelum Mirco Antenucci menambah jaringan pada minit ke- 71.

Cagliari merapatkan kedudukan lima minit kemudian sebelum Leonardo Pavoletti mengikat keduduukan tidak lama selepas itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HADIAH BUAT NAPOLI: Biraschi (dua kanan) tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika beraksi pada perlawanan menentang Napoli di Stadio Comunale Luigi Ferraris, Genoa Sabtu lepas.
— Gambar AFP HADIAH BUAT NAPOLI: Biraschi (dua kanan) tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika beraksi pada perlawanan menentang Napoli di Stadio Comunale Luigi Ferraris, Genoa Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia