Utusan Borneo (Sarawak)

Alcacer tambah tekanan ke atas Kovac

-

DORTMUND, Jerman: Paco Alcacer menjaringk­an gol kemenangan ketika pendahulu Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund bangkit dua kali dari ketinggala­n sebelum menewaskan juara bertahan, Bayern Munich 3-2, sekali gus menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tujuh mata dari Bayern Sabtu lepas.

Keputusan ini menambah lagi tekanan ke atas jurulatih Bayern, Niko Kovac dengan peluang pasukannya memenangi kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut pada musim pertama sebagai jurulatih kelab, semakin sukar.

“Kami membenarka­n diri kami tewas dua kali dari serangan pantas, ia tidak seharusnya berlaku,” kata Kovac.

“Kami seharusnya lebih fokus dan malangnya kami tewas satu perlawanan di mana kami seharusnya seri,” tambah beliau selepas Robert Lewandowsk­i mempunyai dua gol yang tidak dibenarkan dalam separuh masa kedua kerana ofsaid.

Bayern sekarang sudah tewas tiga dari enam perlawanan liga terakhir selepas tewas kepada Hertha Berlin dan Borussia Moenchengl­adbach dan mengumpul hanya lapan dari sekurang-kurangnya 21 mata terakhir.

Mereka akan tercicir lagi ke tangga keempat jika RB Leipzig menewaskan Bayer Leverkusen pada perlawanan lewat.

Dortmund, yang dibimbing Lucien Favre, masih belum tewas dalam liga dan berada empat mata di hadapan Gladbach di singah sana liga.

Selepas Lewandowsk­i meletakkan Bayern di hadapan sebanyak dua kali di Stadium Signal Iduna Park, kapten Dortmund, Marco Reus juga menjaringk­an dua gol untuk mengikat kedudukan sebelum Alcacer menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-73.

“Kami tidak pernah dengan diri kami sendiri dalam separuh masa pertama tetapi kami bermain dengan hebat selepas rehat dan ia sememangny­a menarik,” kata Reus.

Alcacer kini sudah menjar- ingkan lapan gol dari enam perlawanan liga sejak diperolehi secara kontrak pinjaman dari

Pada perlawanan awal, hatrik Alassana Plea membolehka­n Gladbach menewaskan Werder Bremen 3-1 di gelanggang lawan dan berada tiga mata di hadapan Bayern.

Bremen tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam liga dan semakin tercicir dari saingan kejuaraan liga untuk berada di tangga ketujuh.

Hertha Berlin, yang seperti Bremen hilang saingan kejuaraan liga, tewas 1-4 kepada kelab tercorot, Fortuna Duesseldor­ft selepas pemain sayapnya, Maximilian Mittelstea­dt dibuang padang selepas menerima dua kad kuning dalam separuh masa pertama.

Walaupun menang, Fortuna kekal di tangga kedua dari bawah liga selepas Stuttgart juga menang apabila menewaskan Nuremberg 2-0.

Hoffenheim menewaskan Augsburg 2-1 sementara Mainz naik ke tangga kesembilan selepas menewaskan Freiburg 3-1. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia