Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton raih petak pertama buat kali ke-100 untuk Mercedes

-

SAO PAULO, Brazil: Lewis Hamilton menduduki petak pertama perlumbaan buat kali ke- 10 musim ini dan ke- 100 untuk Mercedes dalam Formula Satu ( F1) apabila menguasai sesi ujian masa kelayakan untuk perlumbaan Grand Prix Braz i l , Sabtu lepas. J u a r a d u n i a b u a t k a l i kelima musim i n i , mencipta masa terpantas satu pusingan satu minit dan 7.281 saat pada pusingan kedua sesi terakhir ( Q3) untuk meningkatk­an harapan satu kemenangan yang jarang berlaku dan juga peluang Mercedes mengesahka­n kejuaraan dunia yang kelima berturut- turut dalam kategori pengeluar. Catatan itu meletakkan

beliau jauh di hada- pan Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari, yang menduduki tempat kedua sementara rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, yang menduduki petak pertama di sini tahun lepas, di tempat ketiga dan di hadapan rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen.

Empat pemandu teratas sesi ujian masa kelayakan itu akan bersaing untuk kategori pengeluar dengan Ferrari harus mengatasi Mercedes dengan 13 mata untuk menghidupk­an peluang untuk menafikan Mercedes kejuaraan dunia buat kali kelima berturuttu­rut.

Ia juga rekod petak pertama ke- 82 buat Hamilton, yang hanya menang sekali di sini, pada 2016, dan kali pertama beliau menduduki petak pertama dalam mana-mana perlumbaan selepas muncul juara dunia.

Max Verstappen menduduki tempat kelima, di hadapan rakan sepasukann­ya di Red Bull, Daniel Ricciardo sementara Marcus Ericsson mengatasi rakan sepasukan di Sauber, Charles Lerclerc, Romain Grosjean (Haas) dan Pierre Gasly ( Toro Rosso) melengkapk­an senarai 10 teratas.

Hamilton berasa gembira dengan petak pertama.

“Ia adalah sesi yang sukar,” katanya. “Cuaca turun naik. Ferrrari sangat pantas hujung minggu ini tetapi kami berusaha keras untuk memastikan kami bersedia.

“Ia hebat untuk berada di sini, Brazil – saya mempunyai rekaan Ayrton Senna di helmet saya.” — AFP

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia