Utusan Borneo (Sarawak)

Alami kecederaan otot ketika bantu Atletico bangkit benam Bilbao 3-2 di laman sendiri

-

MADRID, Sepanyol: Diego Godin bermain dengan kecederaan selama setengah jam dan kemudian menjaringk­an gol kemenangan minit ke-91 ketika Atletico Madrid bangkit dua kali sebelum menewaskan Athletic Bilbao 3-2 dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Godin mengalami kecederaan otot pada minit ke64 ketika Inaki Williams meletakkan Bilbao 2-1 di hadapan pada perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano tetapi kapten Atletico itu terus kekal dalam padang selepas jurulatih Diego Simeone melakukan tiga pertukaran sebelum ini.

Rodrigo mengikat kedudukan buat Atletico ketika berbaki 10 minit permainan sebelum rembatan jarak dekat Godin, yang pada awalnya dikatakan ofsaid, diberikan oleh pengadil Jose Sanchez selepas mendapat nasihat dari video bantuan pengadil.

Ia terbukti penamat hebat pada perlawanan menarik, di mana Bilbao mendahului dua kali selepas gol pembukaan Williams diikat oleh rembatan jarak jauh

Semasa gol Williams, saya mengalami kesakitan di bahagian otot. Diego Godin Kapten Atletico Madrid

Thomas Partey.

“Semasa gol Williams, saya mengalami kesakitan di bahagian otot,” kata Godin selepas perlawanan. “Simeone memberitah­u saya untuk terus berada di hadapan, untuk satu tendangan sudut atau bola sampai ke kotak penalti lawan. Saya cuba membantu dan ia berhasil.”

Simeone menambah: “Ia adalah salah satu kemenangan paling menarik dalam sejarah stadium ini.”

Kemenangan bermakna Atletico hanya kurang satu mata di belakang pendahulu liga, Barcelona, yang bermain lewat menentang Real Betis.

Bilbao kekal di tangga ke-17 selepas tanpa kemenangan sejak hari pertama musim baharu.

Bagaimanap­un, tempoh itu, termasuk seri dengan Barca dan Real Madrid dengan mereka menguasai lebih banyak permainan.

Tetapi selepas menewaskan Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara Selasa lepas, Atletico mengekalka­n rentak dengan ke- bangkitan walaupun ketiadaan beberapa pemain utama kerana kecederaan.

Godin dan Diego Costa kembali beraksi tetapi Francisco Montero terpaksa bermain bersama Godin di pertahanan tengah, dengan Lu- cas Hernandez, Jose Gimenez dan Stefan Savic mengalami kecederaan di posisi pertahanan sementara Thomas Lemar dan Koke di posisi tengah.

“Kami tahu ia pastinya perlawanan yang sukar selepas ketiadaan ramai pemain utama dan selepas satu minggu yang hebat,” kata Godin. “Tetapi kami pastinya bersemanga­t lagi dengan kemenangan seperti ini. Ia membangkit­kan semangat penyokong dan juga kami sebagai pemain.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK HEBAT: Godin (tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan Atletico pada aksi liga menentang Bilbao di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Sabtu lepas
— Gambar Reuters DETIK HEBAT: Godin (tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan Atletico pada aksi liga menentang Bilbao di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Sabtu lepas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia