Utusan Borneo (Sarawak)

Czech mendahului AS 2-0 di final Piala Fed

-

PRAGUE, Republik Czech: Barbora Strycova menewaskan Sofia Kenin dan Katerina Sinaikova kemudian menewaskan Alison Riske untuk membolehka­n Republik Czech mendahului 2-0 ketika menentang juara bertahan, Amerika Syarikat (AS) di final Piala Fed di sini Sabtu lepas.

Strycova, pemain ranking ke-33 dunia, bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan lawan yang berada di ranking ke-52 dunia 6-7(5/7), 6-1 dan 6-4 dalam masa dua jam dan 43 minit.

Siniakova, pemain ranking ke-31 dunia, kemudian menewaskan Riske, pemain ranking ke-63 dunia, 6-3 dan 7-6(7/2).

Czech hanya satu kemenangan untuk kejuaraan keenam dari lapan tahun terakhir dan kejuaraan keseluruha­n yang ke- 11, termasuk lima kali sebagai negara bekas Czechoslov­akia. AS memenangi kejuaraan ini untuk rekod 18 kali.

Strycova, yang mengumumka­n akan bersara dari beraksi dalam Piala Fed selepas final, bergelut mencari rentak pada set pertama.

Beliau dan Kenin, yang membuat penampilan sulung dalam Piala Fed, masingmasi­ng bertukar pendahulua­n mata tetapi pemain remaja dari AS itu kelihatan lebih konsisten sebelum mengutip mata pertama dari permainan tiebreak.

Tetapi dengan sokongan padu 14,500 penyokong tuan rumah, Strycova bangkit bergaya dengan hanya memberikan satu mata kepada Kenin untuk mengikat kedudukan 11 dan membawa ke permainan set penentuan.

Strycova mengekalka­n rentak cemerlang dan mendahului 5-2 pada satu ketiga sebelum akhirnya menang 6-4.

“Bagi saya, ia penuh emosi,” kata Strycova selepas kemenangan­nya.

“Saya bersaing pada setiap bola dan saya berasa gembira di mana saya boleh mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri dan ia sangat bermakna sekali bagi saya.”

Kenin mengakui beliau “sedikit gemuruh” dengan penampilan sulungnya.

“Saya agak cemas tetapi saya dapat menanganin­ya,” kata beliau.

“Dalam set kedua, saya mempunyai peluang tetapi beliau beraksi lebih bagus lagi.”

Siniakova tidak menghadapi masalah untuk memenangi set pertama ketika menentang Riske, yang mendahului 3-1 pada set kedua dan memberikan saingan yang kuat sehingga ke permainan tiebreak sebelum tewas.

“Selepas mata pertama, saya fikir ia bukan masalah tetapi saya terpaksa bermain di tahap terbaik sehingga ke permainan tiebreak,” kata Siniakova.

AS beraksi tanpa bintang utama, Sloane Stephens, Serena Williams, Venus Williams dan Madison Keys sementara Czech beraksi tanpa bintang seperti Karolina Piskova dan juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova, yang hanya berada di bangku simpanan kerana demam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia