Utusan Borneo (Sarawak)

KSK Satok, Belia Lundu mara ke separuh akhir Piala Abg Jo 2018

-

KUCHING: KSK Satok dan Belia Lundu melengkapk­an empat pasukan yang akan bertarung dalam saingan separuh akhir Kejohanan Bolasepak Piala Abg Jo 2018.

Ia selepas kedua-dua pasukan itu melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam aksi suku akhir semalam.

Naib johan K-League 2018 KSK Satok dipaksa bekerja keras oleh UiTM sebelum melakar kemenangan 4-1 pada perlawanan­diStadiumS­arawak, Petra Jaya semalam.

UiTM terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi Firdaus Maizal sebelum Johadi Morshidi menyamakan kedudukan buat KSK Satok dengan menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke-41.

Kedudukan itu kekal hingga tamat 90 minit memaksa permainan diheret ke masa tambahan.

Peluang itu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh KSK Satok dengan menambah tiga jaringan menerusi Mohd Zulfadli (minit ke-100), Mohd Iskandar (103) dan Norman Ibrahim (119).

Sementara itu, Belia Lundu menjadi satu-satunya wakil dari luar Kuching mara ke peringkat separuh akhir kejohanan berprestij itu selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Rzurf Excellent pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Mini Lundu semalam.

Pada perlawanan yang turut disaksikan ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, penyerang Belia Lundu Amirul Ashfanizam Mezlan muncul wira dengan menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-56.

Saingan separuh akhir pertama akan mempertemu­kan AXIS FC menentang SSN Sarawak di Stadium Sarawak pada 17 November ini.

Manakala KSK Satok melayan kunjungan Belia Lundu juga di Stadium Sarawak pada 18 November.

Kedua- dua perlawanan akan bermula pada jam 3.30 petang.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jamilah (tengah) sempat bergambar kenangan bersama pemain dan pegawai Belia Lundu selepas perlawanan berakhir.
UNTUK ALBUM: Jamilah (tengah) sempat bergambar kenangan bersama pemain dan pegawai Belia Lundu selepas perlawanan berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia