Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Menengah Lodge jayakan STEM Expo dan Seminar

-

SEKOLAH Menengah Lodge (Lodge National Secondary School) mencatat sejarah apabila berjaya menganjurk­an STEM Expo dan Seminar yang bertajuk ‘A Day In Science 2018’ di Kuching, baru-baru ini.

Program dijayakan dengan kerjasama Bahagian Keterlibat­an Industri dan Transforma­si Komuniti (UNIMAS ENGAGE) dan Lodge School Negeri Sarawak berjaya menarik penyertaan 25 sekolah dan 300 pelajar di sekitar Kuching dan Serian.

Majlis dirasmikan oleh Profesor Ir Dr Al-Khalid Othman yang merupakan Timbalan Ketua Saintis di Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Di samping itu beliau turut menyampaik­an ceramah kepada para pelajar yang hadir ke program ini. Turut hadir ialah Profesor Madya Dr Ramlah Zainuddin yang menyampaik­an ceramah bertajuk ‘A Talk On Google Classroom for Teachers’.

Program berimpak tinggi ini juga telah berjaya menampilka­n 36 penyertaan pameran daripada pelbagai fakulti di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Fakulti-fakulti yang terlibat ialah Kejurutera­an (STEM TEAM dan ROBOTIC TEAM), Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi Sumber, Perubatan dan Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Pra-Universiti.

Selain ekspo dan seminar kemahiran STEM, program ini turut menganjurk­an Pertanding­an Kuiz STEM dan ‘Solar Car Design & Build’.

Pertanding­an dibahagika­n kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bagi pertanding­an kategori sekolah menengah telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High, diikuti oleh Sekolah Menengah Lodge dan Kolej DPAH Abdillah.

Manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Lodge National Primary School, diikuti oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 6 dan Sekolah Kebangsaan St Teresa.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh berhubung dengan pihak Lodge School Kuching dan UNIMAS Engage, UNIMAS di talian 082-582896 atau e-mel ke tnunong@unimas.my. SERAMAI 30 kanakkanak menyertai Program Perkhemaha­n Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau sempena Karnival Pendidikan Prasekolah di Dewan Asrama Lelaki sekolah itu di Bintulu, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan oleh Ketua Unit Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau, Florence Tampang.

Hadiri sama Guru Besar SK Tatau Janudin Ab Rahman, Penyelaras Guru Prasekolah SK Tatau Huzaini Amir, Naib Pengerusi Jawatankua­sa Ibu Bapa Prasekolah SK Tatau Haikal Abdullah, guru-guru, pembantu pengurusan kanak-kanak dan ibu bapa.

Florence berkata, program itu sebagai pendekatan terbaik memberi pendedahan awal kepada kanakkanak prasekolah untuk berdikari sekali gus mampu menerap sikap bekerjasam­a dan bantu-membantu dalam kalangan mereka.

“Kita berharap program itu memberi kenangan manis kepada kanakkanak prasekolah terutamany­a persediaan mereka memasuki tahun satu pada tahun depan,” katanya di Bintulu, barubaru ini.

Janudin berkata, kanak-kanak prasekolah menyertai program itu adalah mereka berumur enam tahun.

Beliau berkata, perkhemaha­n itu mendapat kebenaran PPD Tatau dan kanak-kanak prasekolah turut ditemani ibu bapa mereka dan khemah-khemah didirikan dalam dewan untuk keselamata­n.

 ??  ?? PEMENANG: Florence (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada kanakkanak yang memenangi pertanding­an melukis sambil disaksikan Janudin (dua kiri) serta guru-guru lain.
PEMENANG: Florence (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada kanakkanak yang memenangi pertanding­an melukis sambil disaksikan Janudin (dua kiri) serta guru-guru lain.
 ??  ?? TENTANG SAINS: Para pelajar mengikuti STEM Expo dan Seminar yang bertajuk A Day In Science 2018 yang diadakan di Kuching, baru-baru ini.
TENTANG SAINS: Para pelajar mengikuti STEM Expo dan Seminar yang bertajuk A Day In Science 2018 yang diadakan di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? KENANGAN: Kanak-kanak prasekolah yang menyertai program perkhemaha­n bergambar bersama ibu bapa dan guru-guru mereka.
KENANGAN: Kanak-kanak prasekolah yang menyertai program perkhemaha­n bergambar bersama ibu bapa dan guru-guru mereka.
 ??  ?? PERKHEMAHA­N: Kanak-kanak prasekolah SK Tatau yang menyertai program perkhemaha­n berada dalam khemah mereka.
PERKHEMAHA­N: Kanak-kanak prasekolah SK Tatau yang menyertai program perkhemaha­n berada dalam khemah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia