Utusan Borneo (Sarawak)

Netflix tambah kandungan asal Asia untuk tarik penonton antarabang­sa

-

NETFLIX Inc mengumumka­n rancangan Khamis lepas untuk membuat 17 buah lagi penerbitan asal di Asia termasuk program dalam bahasa Cina dan Thai, dalam usaha firma Amerika Syarikat (AS) itu untuk menarik pengguna antarabang­sa baharu menerusi lebih banyak kandungan tempatan.

Rancangan itu, termasuk sembilan penerbitan di India dan lima siri anime, dijangka membantu meredakan kebimbanga­n bahawa perintis striming video itu semakin kekurangan ruang untuk berkembang dalam pasaran maju.

Netflix melaporkan pendapatan suku tahun yang lumayan pada bulan lepas apabila ia mengatasi ramalan baik dalam pasaran AS mahupun antarabang­sa, dengan kebanyakan pelanggan baharu yang datang dari luar AS di mana syarikat itu telah melabur secara agresif.

“Lebih separuh daripada jam kandungan Asia yang ditonton dalam Netflix pada tahun ini dilihat di luar rantau tersebut,” kata Ted Sarandos selaku ketua pegawai kandungan Netflix ketika mengumumka­n rancangan berkenaan di acara pertunjuka­n kandungan firma tersebut di Singapura.

“Jadi kami ada keyakinan bahawa sajian penerbitan Asia kami yang akan datang akan menemui peminat di negara asal mereka dan di luar negara.”

Netflix sudah memperuntu­kkan AS$8 bilion untuk kandungan pada tahun ini, dan sudah membelanja­kan AS$6.9 bilion setakat hujung suku ketiga.

Pada Khamis lepas, syarikat itu berkata penerbitan baharu termasuk siri anime seperti ‘Trese’, berdasarka­n sebuah novel grafik di Filipina dengan tajuk yang sama, dan ‘Pasific Rim’, sebuah kisah kembara mengenai dua adik beradik yang mencari ibu bapa mereka yang hilang.

Netflix akan membuat dua siri asal dalam bahasa Thai termasuk ‘Shimmers’, siri drama mengenai lima remaja di sebuah sekolah terpencil di utara Thailand.

Ia juga akan menyiarkan ‘Triad Princess’, sebuah siri asal bahasa Cina dari Taiwan di mana protagonis menuntut kemerdekaa­n untuk mengingkar­i bapanya yang merupakan anggota Triad (kumpulan kongsi gelap).

Tajuk-tajuk baharu meneruskan pembabitan Netflix baru-bru ini dalam penerbitan Asia, termasuk ‘Sacred Games’ di India, siri anime Jepun ‘DEVILMAN crybaby’, dan komedi keanekaan ‘BUSTED!’ di Korea Selatan.

Di Asia, didahului India, Netflix telah mendapat peminat di kalangan kelas pertengaha­n yang muda dan celik teknologi. Ketua Eksekutif Reed Hastings menyatakan India dapat menyumbang kepada 100 juta pelanggan seterusnya bagi perkhidmat­an itu.

Syarikat itu mengumumka­n maklumat mengenai sembilan projek dari negara tersebut pada Jumaat.

Netflix mencatatka­n hit di India dengan siri jenayah aksi yang berlatarbe­lakangkan Mumbai, ‘Sacred Games’.

Bagaimanap­un, studio Bollywood yang menerbitka­n siri tersebut dibubarkan pada bulan lepas ekoran dakwaan tentang gangguan seksual terhadap salah seorang rakan kongsinya Vikas Bahl dan penulis utama program itu, Varun Grover. Kedua-dua lelaki menafikan dakwaan tersebut.

Netflix kemudian menyokong siri itu untuk musim kedua.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia