Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Cameroon dibebas selepas didakwa

-

YAOUND: Seorang wartawan dan pengacara televisyen dari wilayah berbahasa Inggeris terpencil di Cameroon telah dibebaskan kelmarin selepas ditahan di atas dakwaan menyerang keselamata­n negara, menurut majikannya.

Mimi Mefo, yang mengetuai berita Inggeris bagi badan penyiaran Equinoxe yang dimiliki secara swasta, didakwa tribunal tentera pada Rabu lepas dan ditempatka­n dalam tahanan pencegahan di ibu negara komersil Douala, menurut peguam Alice Nkom.

Pihak stesen menyatakan beliau telah meninggalk­an penjara kelmarin dan menyiarkan gambar beliau kembali ke rumahnya bersama beberapa orang rakan sekerja.

“Ketua negara yang memutuskan secara peribadi untuk menghentik­an pendakwaan dalam langkah yang menunjukka­n kebaikan hati,” kata jurucakap tentera Kolonel Didier Badjeck.

“Ini tidak bermakna wartawan terbabit tidak bersalah,” tambah beliau.

Mefo telah didakwa gara- gara satu kenyataan dalam media sosial yang menyatakan pihak tentera bertanggun­gjawab atas kematian mubaligh Amerika Charles Trumann Wesco pada Oktober selepas satu serangan di wilayah North West yang berbahasa Inggeris, kata peguam beliau.

Nkom menyatakan anak guamnya turut menghantar versi kerajaan mengenai apa yang telah berlaku, bahawa Wesco telah mati selepas serangan pihak pemisah berbahasa Inggeris.

“Kenyataan tidak bersalah beliau telah dinyatakan dan bukti bahawa tindakan memenjarak­an beliau telah dirancang sebagai keterlalua­n,” kata National Union of Cameroon Journalist­s.

Lapan puluh peratus dari populasi Cameroon adalah berbahasa Perancis sementara bakinya lagi berbahasa Inggeris, yang tertumpu di bahagian barat bermasalah di negara ini.

Pada 2016, tentangan terhadap diskrimina­si yang dilakukan menambahka­n permintaan bagi autonomi di North West dan wilayah berdekatan South West.

Pihak radikal telah mengumumka­n sebuah negara bebas dikenali sebagai ‘ Republik Ambazonia’ dan kemudian menentangn­ya.

Pihak pemisah sejak itu telah menyerang tentera dan polis, memboikot dan membakar sekolahsek­olah serta menyerang simbol negara yang lain, mendesak satu tindakan rasmi yang kejam.

Sekurang- kurangnya 400 orang awam serta 175 orang polis dan tentera telah terkorban pada tahun ini, menurut kepada sebuah NGO.

Lebih 300,000 orang lagi telah melarikan diri daripada keganasan, sebahagian­nya menyeberan­g ke negara jiran Nigeria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia