Utusan Borneo (Sarawak)

Kembar siam Bhutan stabil selepas pembedahan

-

MELBOURNE: Kembar siam dari Bhutan yang telah berjaya dipisahkan sepasukan pakar bedah Australia kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih bersama-sama selepas pembedahan di Melbourne, menurut pihak berkuasa.

Nima and Dawa berusia 15 bulan, yang mana nama mereka bermakna Matahari dan Bulan, serta ibu mereka Bhumchu Zangmo, tiba di Australia pada sebulan lepas dengan bantuan sebuah badan kebajikan Australia, namun pihak doktor telah menangguhk­an pembedahan bagi memastikan pasangan kembar itu mendapat nutrisi yang mencukupi untuk bertahan semasa pembedahan.

Pasukan lebih 20 doktor dan jururawat itu menghabisk­an masa enam jam melakukan pembedahan terhadap pasangan kembar tersebut, yang berkongsi hati, pada Jumaat lepas dan menyatakan dua hari kemudian akan menjadi tempoh kritikal untuk pemulihan mereka.

Jurucakap Royal Children’s Hospital di Melbourne menyatakan kelmarin kedua- dua mereka berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih di dalam sebuah wad.

Pasangan kembar itu ditempatka­n di katil yang berasingan selepas prosedur, namun selepas sedar, mere- ka menggapai satu sama lain dan satu keputusan dilakukan untuk menempatka­n mereka di katil yang sama, lapor akhbar Herald Sun di Melbourne kelmarin.

Ketua badan kebajikan Children First Foundation yang telah mengumpul wang untuk membawa keluarga itu ke Australia menyatakan beliau berasa teruja untuk melihat kembar itu begitu sihat.

“Nima berbaring menelentan­g yang mana sesuatu yang beliau tidak pernah mampu lakukan, namun beliau kemudian mencaricar­i adik perempuann­ya dan Dawa pula masih lagi membelit kakinya pada Nima,” ketua eksekutif CFF Elizabeth Lodge memberitah­u Herald Sun.

“Melihat mereka mencari satu sama lain adalah sangat menyenangk­an hati.

“Pemisahan bukan perkara yang lebih besar, ia adalah hanya melihat mereka menjalanin­ya dengan lebih baik.”

Hospital dijangka menyatakan perkembang­an terkini mengenai keadaan kembar itu sepanjang tempoh beberapa hari akan datang.

Bhutan adalah sebuah kerajaan miskin di Himalaya di mana para doktor tidak memiliki kepakaran untuk memisahkan bayi perempuan tersebut, yang telah bercantum dari bahagian dada ke pinggang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia