Utusan Borneo (Sarawak)

Polis ‘culik’ 10 aktivis buruh di China

-

BEIJING: Sebuah kumpulan hak buruh di China kelmarin berkata sekurang-kurangnya 10 penyokongn­ya ditahan oleh polis di beberapa buah bandar raya di negara itu, dipercayai tindakan terbaharu ke atas aktivisnya.

Kempen aktivis yang diketuai pelajar dari universiti terkemuka di China telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, apabila pelajar kolej muda menyokong hak buruh dan kesatuan walaupun menerima tekanan daripada universiti dan polis.

Kumpulan Solidariti Pekerja Jasic, yang menyokong pekerja di firma jentera pengimpala­n Jasic Technology, berkata aktivis tersebut ditahan oleh polis pada malam kelmarin.

Lima merupakan graduan Universiti Peking - salah sebuah institusi terkemuka di negara itu.

Salah seorang graduan, Zhang Shengye, “diculik” di dalam kampus sekolah, dakwa kumpulan itu dalam kenyataann­ya.

Seorang saksi dan pelajar Universiti Peking mendakwa lebih 10 orang yang memakai baju warna gelap memukul Zhang sebelum mengheretn­ya ke dalam sebuah kereta hitam.

“Mereka memukulnya dengan kuat dan dengan cepat mengawal Zhang,” katanya, yang enggan dikenali, kepada AFP.

Beberapa pelajar lain yang lalu di tempat kejadian turut dipukul, ujarnya. Mereka dipaksa meniarap, dan dihalang daripada mengambil gambar atau bercakap.

“Universiti Peking membiarkan penculikan itu - ini adalah satu lagui jenayah yang telah dilakukan oleh universiti ke atas pelajar progresif dan komuniti haluan kiri,” kata kumpulan Solidariti Pekerja Jasic.

Selain Zhang, empat graduan Universiti Peking lain hilang Kumatan lepas sete- lah polis menyerbu rumah di Beijing, Shanghai dan Guangzhou, kata kumpulan itu.

Di Shenzhen, sebuah bandar raya di wilayah selatan Guangdong, dua orang yang mengusahak­an sebuah badan bukan mencari keuntungan untuk pekerja muda, selain anggota kakitangan mereka, juga dibawa oleh polis, kata kumpulan itu.

Tiga pekerja yang menjadi anggota kumpulan solidariti itu, selain aktivis yang tidak dinyatakan jumlahnya di wilayah Guangdong, turut hilang dalam operasi polis itu, katanya.

AFP tidak dapat mengesahka­n secara bebas dakwaan kumpulan buruh itu.

Polis di Beijing, Guangzhou, Shenzhen dan Shanghai tidak segera membalas permintaan AFP untuk membuat kenyataan.

Pada Ogos lalu, satu serbuan polis menahan aktivis pelajar di wilayah Guangdong, menruut laman sesawang rasmi kumpulan Solidariti Pekerja Jasic, yang berkata polis memukul pelajar dan merampas telefon mereka.

Yue Xin, seorang pelajar Universiti Peking yang turut sama menulis petisyen untuk menuntut maklumat tentang siasatan ke atas dakwaan tentang pencabulan seksual di sekolah itu, tidak kedengaran sejak beliau ditahan dalam serbuan pada Ogos lalu.

Dua pelajar dari Universiti Renmin dan Universiti Peking turut dibawa oleh polis selama beberapa jam Jumaat lepas setelah mengambil gambar di hadapan sebuah ekdai Apple di Beijing.

Pelajar terbabit - 10 orang pada keseluruha­nnya - membantah eksploitas­i pekerja yang didakwa di sebuah kilang Apple Watch di barat daya China.

Apple berkata ia sedang menyiasat dakwaan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia