Utusan Borneo (Sarawak)

Empat askar Ukraine terkorban di wilayah timur

-

KIEV: Empat orang anggota tentera telah terkorban di bahagian timur Ukraine yang dilanda peperangan, pihak tentera menyatakan kelmarin, ketika pihak pemisah pro- Rusia bersedia untuk mengadakan pilihan raya dalam bantahan terhadap pihak Barat.

Dalam satu serangan, dua anggota tentera mati selepas satu serangan berhampira­n bandar Lugansk yang dikawal oleh pemisah, dengan pemberonta­k yang menggunaka­n senjata berat termasuk mortar berkaliber besar, jurucakap tentera Ukraine Oleksandr Motuzyanyk memberitah­u dalam satu taklimat.

Dalam insiden berasingan kemudian, dua anggota tentera Ukraine terbunuh dan dua orang lagi tercedera dalam satu letupan di wilayah Donetsk berhampira­n, kata pihak tentera.

Semalam, Republik Rakyat di Donetsk dan Lugansk telah mengadakan pilihan raya di sebalik seruan Barat terhadap Rusia agar membatalka­n pengundian supaya tidak mensabotaj perjanjian damai.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menyatakan pilihan raya akan seterusnya mengganggu usaha untuk menamatkan satu konflik yang telah mengorbank­an lebih dari 10,000 orang sejak 2014.

“Terdapat lebih ramai anggota tentera Ukraine yang terbunuh, lebih banyak kematian dalam konflik di Ukraine berbanding Amerika sepanjang peperangan di

Afghanista­n,” utusan khas AS ke Ukraine, Kurt Volker, berkata pada minggu ini.

Kiev dan penyokong Baratnya menuduh Rusia sebagai menghantar pasukan tentera dan senjata merentasi sempadan bagi menambahka­n bahang konflik.

Mposcow telah menafikan dakwaan itu di sebalik bukti yang banyak untuk menyatakan sebaliknya. — AFP

 ??  ?? BUAT PILIHAN: Seorang anggota tentera membuang undi semasa pilihan raya kepimpinan di Donetsk, semalam.
BUAT PILIHAN: Seorang anggota tentera membuang undi semasa pilihan raya kepimpinan di Donetsk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia