Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan Moody’s menurunkan penarafan Petronas semakin menjejas sentimen, mengejutka­n pembeli

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami asakan penurunan ke atas harga dalam keadaan sentimen lemah di peringkat domestik ditambah dengan faktor luaran, kata Ketua Pegawai Hubungan Perniagaan, M&A Securities Sdn Bhd, R. Sundararaj­ah.

“Buat masa ini, kami menyaksika­n tahap sokongan bagi indeks komposit akan kekal pada paras 1,700. Bagaimanap­un, ia mungkin turun kepada 1,680. Jika wujud lebih banyak laporan berita negatif, ia akan memberi tekanan lagi kepada bursa tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berpendapa­t, pasaran tidak memberi reaksi positif kepada Belanjawan 2019 yang dibentangk­an minggu lepas memandangk­an pelabur menyifatka­nnya sebagai kekurangan pemangkin untuk melonjakka­n pasaran.

“Tindakan Moody’s menurunkan penarafan Petronas semakin menjejaska­n sentimen malah pembeli asing terkejut dengan pengumu- man ini. Oleh yang demikian, kami perlu melihat kepada kaunter terpilih sekiranya mereka mahu menyertai pasaran tunai ini,” katanya kepada Bernama.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI ditutup 4.78 mata lebih rendah kepada 1,708.09.

Indeks FBM Emas turun 11.39 mata kepada 11,846.26, Indeks FBMT100 susut 8.48 mata kepada 11,688.13, tetapi Indeks FBM Emas Syariah melonjak 121.47 mata kepada 12,11.69.

FBM 70 menokok 110.29 mata kepada 13,845.99, manakala FBM Ace kurang 87.95 mata kepada 4,932.60.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 74.90 mata kepada 17,199.10, Indeks Perladanga­n turun 27.09 mata kepada 7,362.73, manakala Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 0.18 mata kepada 173.30.

Perbanding­an Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan mengecil kepada 6.26 bilion unit bernilai RM6.59 bilion daripada 9.63 bilion unit bernilai RM8.15 bilion pada minggu sebel- umnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 4.09 bilion saham bernilai RM6.12 bilion daripada 6.34 bilion saham bernilai RM7.47 bilion yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya.

Waran mencatatka­n jumlah dagangan sebanyak 1.07 bilion unit bernilai RM263.87 juta berbanding 1.72 bilion unit bernilai RM414.93 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 917.68 juta saham bernilai RM205.37 juta daripada 1.55 bilion saham bernilai RM259.77 juta.

Sementara itu, dagangan saham Malaysian Resources Corp Bhd ( MRCB) akan digantung pada Isnin ini sementara menunggu pengumuman penting.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MRCB berkata Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permohonan­nya untuk penggantun­gan itu.

Waran berstruktu­r berkaitan MRCB juga akan digantung pada masa yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia