Utusan Borneo (Sarawak)

Getah akan kekal pada paras semasa minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka berkisar pada paras semasa minggu ini ketika sentimen bercampur-campur menyelubun­gi pasaran.

Pasaran getah kemungkina­n akan mengambil petunjuk daripada pergerakan harga di pasaran getah serantau, minyak mentah serta prestasi ringgit berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata, pasaran getah serantau yang kekal lemah ditambah dengan kejatuhan harga minyak mentah berikutan kebimbanga­n penawaran yang semakin meningkat telah menyumbang kepada sentimen lemah di pasaran.

“Penanda aras pasaran hadapan getah Tokyo pada Jumaat meneruskan kejatuhan untuk hari kelima berturuttu­rut selepas mencatat paras terendah dalam 26 bulan awal minggu ini (minggu lepas), di tengah-tengah kebimbanga­n terhadap permintaan yang semakin berkuranga­n.

“Pasaran minyak terus lemah hari ini (kelmarin) ketika bekalan dan kebimbanga­n yang meningkat mengenai kelembapan ekonomi dengan minyak mentah AS merosot 20 peratus daripada paras tertinggi pada awal Oktober,” katanya.

Beliau berkata, pasaran juga dijangka terus berhatihat­i terhadap kebimbanga­n perang perdaganga­n ASChina yang menyebabka­n ketidakpas­tian di pasaran dan negatif bagi harga getah.

Bagaimanap­un, ringgit yang lemah berbanding dolar AS akan menyokong permintaan dan mengurangk­an kejatuhan harga lagi, katanya kepada Bernama.

“Pembeli utama mencari harga yang lebih rendah sementara penjual enggan untuk berurusan pada tahap sedemikian yang akan mengakibat­kan harga berlegar pada tahap semasa,” katanya.

Untuk minggu yang baharu berakhir, harga getah didagangka­n dalam trend bercampur-campur dengan dagangan dalam jajaran kecil.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 jatuh 3.5 sen kepada 514.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 2.5 sen kepada 390.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam5 petang untuk SMR 20 merosot 2.5 sen kepada 516 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurang 1.5 sen kepada 393.0 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia