Utusan Borneo (Sarawak)

Data KDNK dijangka pengaruhi ringgit

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan ringgit pada minggu ini dijangka dipengaruh­i perkembang­an dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, kata peniaga.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik­an Pasaran, FXTM Global, Jameel Ahmad berkata pergerakan ringgit dan mata wang negara pesat membangun lain akan bergantung kepada reaksi keseluruha­n terhadap keputusan Rizab Persekutua­n AS berkenaan kadar faedah.

“Sehingga data KDNK dikeluarka­n pada Jumaat minggu depan, trajektori dolar AS akan menjadi pengaruh dalam menentukan turun naik pergerakan ringgit Malaysia,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata, data KDNK akan memberi petunjuk terhadap sebarang tanda pertumbuha­n perlahan Malaysia – satu daripada pasaran pesat membangun penting di Asia.

Kelembapan pertumbuha­n ekonomi telah dialami oleh pasaran pesat membangun lain pada beberapa bulan kebelakang­an ini, kesan daripada ketidakten­tuan luaran yang berlanjuta­n, malah turut menghalang pelabur daripada melabur dalam pasaran pesat membangun, katanya.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata ringgit dijangka mencecah paras 4.20 berbanding dolar AS pada minggu-minggu akan datang kerana unit tempatan terus bergelut disebabkan perbezaan dasar Bank Negara Malaysia dan Rizab Persekutua­n AS.

“Paras sokongan ringgit minggu depan pada 4.16 berbanding mata wang negara maju itu, manakala paras rintangan pada 4.20. Jangkaan paras rintangan 4.20 itu tiba hampir sebulan lebih awal daripada apa yang saya jangkakan,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit berada dalam jajaran kecil berbanding dolar AS.

Unit tempatan meningkat pada pertengaha­n minggu memandangk­an ia didorong oleh keputusan pilihan raya pertengaha­n penggal AS sebelum Rizab Persekutua­n AS mengesahka­n pendirian dasar monetari memihak kepada kadar faedah tinggi yang mengukuhka­n semula dolar AS.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Deepavali.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan turun kepada 4.1780/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1600/ 1650 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un, berbanding kumpulan mata wang utama, unit tempatan didagangka­n kebanyakan­nya lebih tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/ 0341 daripada 3.0321/0362 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6685/6714 daripada 3.6889/6940.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4343/ 4386 daripada 5.4196/ 4266 namun mengukuh berbanding euro kepada 4.7362/7413 daripada 4.7582/7643. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Tee Guy Eon memberitah­u Bernama yang harga emas dijangka didagangka­n dalam lingkungan 163.00 hingga 166.00 satu gram ketika pasaran mencari pemangkin baru untuk menggerakk­an harga.

Sementara itu, Ketua Perdaganga­n Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, harga emas merosot apabila dolar terus meningkat.

Katanya, peniaga menjangka harga emas akan terus lemah jika euro menuju ke paras 1.1300 berbanding dolar AS dan/atau yen Jepun menguji paras 114.50 berbanding dolar.

“Kedua- dua senario mata wang itu tidak keluar dari persoalan awal minggu depan (minggu ini), sama ada lambat atau cepat,” tambahnya.

Untuk minggu yang baru berakhir, harga kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia keseluruha­nnya lebih rendah pada minggu yang pendek disebabkan cuti, berikutan harga emas yang lebih rendah di Bursa Komoditi AS serta pengukuhan ringgit.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti Deepavali.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, November 2018 jatuh 30 mata kepada RM163.80 segram, Disember 2018 turun 40 mata kepada RM163.80 segram, Januari 2019 susut 36 mata kepada RM163.90 dan Februari 2019 berkurang 34 mata kepada RM164 .00 segram.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada tujuh lot bernilai RM115,300 berbanding 20 lot bernilai RM311,915 pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 30 kontrak berbanding 32 kontrak sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia