Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka rendah antara RM1,930 dan RM2,050 satu tan minggu ini, kata peniaga.

Peniaga Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata, niaga hadapan MSM Malaysia mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun minggu lepas, selepas mengalami tekanan spekulasi dan kebimbanga­n berterusan terhadap peningkata­n stok di Malaysia dan Indonesia.

“Ketidakten­tuan yang berlanjuta­n menyelubun­gi pasaran, terutama berkaitan perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China, akan terus menjejaska­n harga,” katanya kepada Bernama.

Peniaga turut menunggu laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang akan dikeluarka­n pada Isnin ini untuk angka eksport 10 hari pertama November bagi menentukan pergerakan pasaran.

“Peningkata­n angka stok akan memberi tekanan lagi ke atas harga MSM,” katanya.

Sementara itu, RHB Research Institute berkata dari sudut pandangan teknikal, aliran menurun mungkin berterusan, selepas komoditi itu mengekang kenaikan sebelum ini dan mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Paras sokongan seterusnya dijangka pada RM1,863 satu tan, yang merupakan harga rendah sebelum ini yang dicatatkan 25 Ogos, 2015, manakala rintangan seterusnya mungkin pada RM2,265 satu tan, katanya.

Beliau turut menasihati peniaga supaya mengekalka­n pegangan jangka pendek.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, November 2018 susut RM105 kepada RM1,880 satu tan, Disember 2018 turun RM119 kepada RM1,968 satu tan, Januari 2019 merosot RM113 kepada RM2,040 satu tan dan Februari 2019 kurang RM109 kepada RM2,109 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 161,326 lot daripada 184,166 lot pada Jumaat lepas, manakala minat terbuka meningkat kepada 300,705 kontrak daripada 291,324 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Selatan November turun RM60 kepada RM2,020 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia