Utusan Borneo (Sarawak)

Promenade Bintulu tawar pakej perkahwina­n terkini Pasangan pengantin yang mengesahka­n jamuan di Hotel Promenade Bintulu akan menikmati kemudahan istimewa

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

B I N T U L U : H o t e l Promenade Bintulu m e n a w a r k a n p a k e j perkahwina­n terkini dengan perasmian ` Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019’ di Emerald Ballroom hotel terbabit semalam.

P e r t u n j u k a n p a k e j perkahwina­n dan pakaian pengantin yang diadakan sehariitum­emberikant­awaran eksklusif bagi yang mendaftar awal untuk mendapatka­n pakej tersebut.

Pengurus Hotel Promenade Bintulu S Ganapathy berkata, pasangan pengantin yang mengesahka­n untuk mengadakan j amuan perkahwina­n di Hotel Promenade Bintulu akan menikmati beberapa kemudahan istimewa iaitu percuma satu meja daripada 30 meja yang ditempah bayar, ‘WeddingWal­lofFame’bersaiz 5 kaki x 7 kaki, penginapan satu malam di Bilik Deluxe dengan sarapan untuk dua orang serta hadiah perkahwina.

Selain itu katanya, tawaran percuma juga adalah kek buah satu kilogram, Sunday High Tea untuk dua orang di Peppers Cafe dan makanan ringan di semua meja disediakan semasa jamuan perkahwina­n.

“Pasangan pengantin yang masih tercari- cari tempat perkahwina­n yang sempurna, pasukan berpengala­man luas Hotel Promenade Bintulu dalam merancang perkahwina­n memberi jaminan akan membawa pasangan terbabit melihat kawasan sekitar hotel dan berbincang lanjut mengenai hari istimewa mereka,” ujarnya berucap melancarka­n Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di hotel terbabit semalam.

Dengan menggabung­kan pasukan perkhidmat­an profesiona­l dan peribadi katanya, pihaknya akan menjaga sebaiknya hari istimewa setiap pasangan agar dapat menikmati setiap minit masa indah pada hari perkahwina­n mereka.

Beliau berkata, bagi yang tidak dapat menghadiri pertunjuka­n pengantin hari ini boleh menikmati Promenade Bonus Treats percuma satu meja untuk tempahan 30 meja berbayar, penginapan satu malam di Bilik Superior dengan sarapan untuk dua orang, 1 Sunday High Tea untuk dua orang di Peppers Cafe dan hadiah perkahwina­n bermula 12 November(Isnin) hingga 17 Novemebr (Sabtu)ini.

Keterangan­lanjutberk­enaan tawaran itu hubungi talian hotline katering di 086858868.

Dalam pada itu, melalui kerjasama daripada namanama terkenal dalam industri berkaitan, pelancaran pakej itu tidak akan menjadi kenyataan justeru Ganapathy mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada penaja dan rakan peserta terbabit iaitu Amy Hamka & Rose Bridal, Wedding Couture Ric & Angela, De’Chapz & Vicky Bridal Studio, PS Make Up Academy dan Q-dees Starters.

Beberapa acara yang diadakan adalah perarakan pertunjuka­n gaun pengantin, fesyen gaun malam pengantin, persembaha­n nyanyian dan tarian, cabutan bertuah dan cabutan bertuah untuk pasangan yang mengesahka­n perkahwina­n mereka di hotel terbabit.

 ??  ?? S GANAPATHY
S GANAPATHY
 ??  ?? TERKINI: Ganapathy (tengah) bersama pengusaha pakej pengurusan perancang perkahwina­n melancarka­n Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di Hotel Promenade Bintulu semalam.
TERKINI: Ganapathy (tengah) bersama pengusaha pakej pengurusan perancang perkahwina­n melancarka­n Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di Hotel Promenade Bintulu semalam.
 ??  ?? MENGAGUMKA­N: Pertunjuka­n gaun pengantin oleh peragawan dan peragawati.
MENGAGUMKA­N: Pertunjuka­n gaun pengantin oleh peragawan dan peragawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia