Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran dividen ambil kira kemampuan bayar hutang: Petronas

-

KUALA LUMPUR: Petronas semalam menjelaska­n bahawa semua bayaran dividennya, termasuk dividen khas sekali bayar dan sebarang dividen pada masa depan, akan mengambil kira kemampuann­ya untuk membayar hutang.

Dalam kenyataan semalam, syarikat minyak nasional itu berkata pembayaran dividen tersebut juga mengambil kira kemampuann­ya untuk mem- biayai operasi berterusan dan melabur bagi pertumbuha­n masa depan.

Petronas mengulas mengenai laporan S& P Global Ratings dan Moody’s Investors Service yang masing- masing mengesahka­n penarafan kreditnya pada A- dan A1 susulan pengumuman pembayaran dividen khas sekali bayar RM30 bilion dalam Belanjawan 2019.

Pengesahan penarafan kredit itu mencermink­an kedudukan kewangan kukuh Petronas yang kekal teguh.

Kedudukan kewangan itu telah disokong oleh asas yang kuat, tunai bersih yang besar dan kedudukan mudah tunai yang cukup, dipacu oleh usaha transforma­si sejak beberapa tahun lepas dari segi kecekapan operasi, penguranga­n kos dan pengoptimu­man portfolio, selain didorong harga minyak mentah yang lebih baik, menurut Petronas.

Petronas juga memberi perhatian kepada perubahan unjuran penarafan Moody’s daripada stabil kepada negatif.

Ia berkata perubahan unjuran berkenaan disebabkan Moody’s berpandang­an profil kewangan Petronas akan berdepan risiko kemerosota­n sekiranya pembayaran dividen kekal tinggi pada masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia