Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan 11.11 Alibaba cecah AS$10b dalam tempoh sejam pertama

-

SHANGHAI: Festival BeliBelah Global 11.11 2018 Alibaba mencecah 69.3 bilion renminbi ( AS$ 10 bilion) nilai dagangan kasar ( GMV) menerusi Alipay dalam tempoh hanya satu jam 48 saat.

S y a r i k a t i t u mengumumka­n angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion ( 1 yuan/ renminbi = RM0.60) secara keseluruha­n tempoh 24 jam.

Acara beli-belah dalam talian selama 24 jam yang turut digelar ‘Singles’ Day’ itu juga melakar rekod baharu dunia dengan GMV keseluruha­n 6.9 bilion yang dijelaskan melalui Alipay dalam tempoh satu minit 25 saat pertama sebaik sahaja bermula selepas jam 12 tengah malam.

Festival beli- belah global itu menyaksika­n pengguna di seluruh dunia menikmati promosi dan tawaran jualan daripada lebih 180,000 jenama dari China dan seluruh dunia yang menyertain­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group, Daniel Zhang berkata ulang tahun ke-10 festival itu terbukti menjadi yang terbesar dari segi skala dan capaian.

Tahun ini, Alibaba menambah elemen interaktif ‘Play Now’ yang membolehka­n penonton terlibat dengan jenama apabila membuat undian secara dalam talian bagi menentukan pilihan pakaian jenama yang paling menonjol ketika petunjukan fesyen sedang berlangsun­g.

Undian selama empat jam itu menampilka­n produk terkini daripada lebih 60 jenama antarabang­sa dan China serta lebih 1,000 produk kali pertama.

Tahun lepas, hampir 140,000 peniaga menyertai acara beli- belah global itu dengan pengguna membelanja­kan 168.2 bilion renminbi dalam tempoh 24 jam.

Sejak dilancarka­n pada 2009, ‘Single’s Day’ menjadi festival beli-belah mudah alih dan dalam talian terbesar serta yang paling dinanti-nantikan di dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia