Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya pertengaha­n penggal, kadar faedah AS dorong aliran keluar dana asing

-

KUALA LUMPUR: Dana asing menjual semula pegangan mereka dan menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia minggu ini, berikutan faktor luaran seperti pilihan raya pertengaha­n penggal Amerika Syarikat (AS) dan kemungkina­n Rizab Persekutua­n AS (Fed) menaikkan kadar faedah, terus membelengg­u pasaran.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata reaksi pasaran terhadap pilihan raya pertengaha­n penggal AS agak bercampur-campur memandangk­an kemungkina­n tiada perkembang­an dapat dilihat dari segi pembentuka­n dasar.

“Tambahan pula, Fed memberi petunjuk bahawa ia akan terus menaikkan Kadar Dana Persekutua­n ( FFR) secara berperingk­at, dengan peningkata­n berpotensi seterusnya pada bulan depan.

“Selepas itu barulah kita boleh menjangkak­an perbincang­an lanjut mengenai kadar neutral, jadi wujud kemungkina­n ketidakten­tuan pasaran berhubung di mana seharusnya Fed berhenti daripada menaikkan FFR,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata unjuran penarafan Moody’s Investors Service ke atas Petronas, yang diselarask­an daripada stabil kepada negatif, turut berpotensi mempengaru­hi sentimen pelabur.

Mohd Afzanizam berkata Bursa Malaysia dijangka kekal pada julat yang kecil minggu depan, menjelang pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga yang dijadualka­n pada 16 Nov.

“Kami yakin ekonomi akan terus berkembang di bawah lima peratus berdasarka­n sektor luaran yang perlahan serta perbelanja­an berhatihat­i oleh kerajaan.

“Susulan itu, perbelanja­an pengguna seharusnya mengambil peranan dalam mendorong perkembang­an ekonomi memandangk­an aliran pendapatan dan keadaan pasaran tenaga kerja yang stabil. Perbelanja­an modal berterusan oleh firma swasta turut dapat menyokong pertumbuha­n ekonomi kepada tahap tertentu,” katanya.

Pada Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah pada 1,708.09 daripada 1,713.87 yang dicatatkan pada minggu sebelum ini manakala ringgit turut ditutup rendah pada 4.1780/ 1810 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1650.

Ketua Penyelidik­an RHB Investment Bank, Alexander Chia berkata kepada Bernama, pelabur asing kekal tidak memasuki pasaran minggu ini selepas pembelian bersih minggu lepas bernilai RM323 juta menjelang pengumuman Belanjawan 2019.

Secara kumulatif, dana asing adalah penjual bersih pada RM103.4 juta minggu ini.

Senario ini, katanya, berkemungk­inan berterusan berikutan kekurangan pemangkin untuk merangsang pasaran, manakala pasaran luar, terutama harga minyak mentah akan terus mempengaru­hi keputusan mereka untuk melabur.

“Kita perlu melihat apa yang akan berlaku dalam pasaran global kerana saya tidak fikir ada pemacu domestik dalam tempoh terdekat. Saya berpandang­an mereka akan memberi perhatian kepada pergerakan harga minyak mentah kerana sekarang minyak mentah Brent sudah mencecah AS$ 70 setong, turun secara ketara daripada harga tertinggi baru-baru ini kira-kira AS$85 setong.

“Seperti yang kita tahu, harga minyak mentah yang lebih tinggi adalah positif untuk Malaysia sebagai pengekspor­t minyak bersih. Sekiranya harga itu bergerak ke bawah, ini menjadi negatif bagi ringgit dan juga sentimen,” katanya.

Pada 2018 setakat ini, beliau berkata, jualan asing berjumlah AS$2.45 bilion (RM10.24 bilion; AS$1 = RM4.178), hampir sama dengan catatan setahun penuh 2017 pada RM10.3 bilion.

Beliau menjangkak­an pelabur asing akan terus menjadi penjual bersih pada 2018 pada sekitar jumlah yang sama seperti tahun lepas.

“Pada dasarnya, apa yang kita lihat sekarang adalah semua aliran masuk bersih yang kita lihat tahun lalu telah merosot,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada perkembang­an semasa, beliau menjangkak­an peserta institusi tempatan tidak akan aktif di Bursa Malaysia.

“Cadangan dalam Belanjawan 2019 yang akan menjadi lebih telus, meningkatk­an tadbir urus korporat dan perbelanja­an secara berhatihat­i adalah positif bagi jangka panjang namun bagi kesan jangka pendek, kita perlu melihat pelaksanaa­n cadangan ini. Jadi, saya tidak nampak pelabur institusi tempatan akan amat aktif.

“Pasaran perlu bergerak lebih rendah terlebih dahulu supaya ramai pelabur masuk ke dalam pasaran dan membeli. Bagaimanap­un berdasarka­n FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada tahap 1,700, pelabur mungkin menunggu indeks itu berada pada paras 1,688 untuk membeli,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia