Utusan Borneo (Sarawak)

Pengangkut­an udara penting untuk sektor pelanconga­n Sabah: KM

-

SEMPORNA:Sabahmemin­ta MASWings mengkaji semula keputusan menghentik­an penerbanga­n di negeri ini berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu merupakan satu perkara perlu dilihat secara serius disebabkan pengangkut­an udara penting kepada sektor pelanconga­n di negeri ini.

“Saya minta perkara ini dikaji semula disebabkan sektor pelanconga­n cukup penting kepada negeri ini.

“Pelancong datang ke beberapa tempat menarik di negeri ini seperti di Semporna dan Lembah Danum di Lahad Datu, akan ambil masa kalau menggunaka­n pengangkut­an darat,” katanya ketika ditemui pemberita Majlis Amanat Bersama Warga Pendidik Semporna di sini, malam kelmarin.

Beliau diminta mengulas keputusan MASWings itu yang dibuat pada tahun lepas untuk menghentik­an laluan Kota Kinabalu-Tawau dan Kota Kinabalu-Sandakan.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri sentiasa mencari pendekatan terbaik meningkatk­an sistem penerbanga­n di negeri ini termasuk mengadakan perbincang­an dengan syarikat penerbanga­n AirAsia.

Katanya Sabah mempunyai sektor pelanconga­n yang cukup baik berbanding negeri lain dan ia banyak bergantung kepada sistem penerbanga­n.

Katanya tidak mungkin pelancong akan boleh sampai ke Pulau Sipadan di sini kalau tiada penerbanga­n dari Beijing, China ke Kota Kinabalu.

“Kami tak mahu pelancong berada di udara agak lama atau berada di lapangan terbang sehingga sejam hingga dua jam.

“Mereka datang bukan mahu melihat lapangan terbang atau kapal terbang tetapi ingin melihat keindahan tempat dan merasai bagaimana kekayaan sumber alam seperti makanan laut yang cukup murah, keindahan flora dan fauna dan keunikan masyarakat yang ada di negeri ini,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri menitikber­atkan perkara yang berkaitan sistem penerbanga­n dan perkara yang menjejaska­nnya perlu diatasi kerana ia merupakan satu pengangkut­an utama kepada negeri ini.

Mohd Shafie berkata sektor pelanconga­n merupakan tunjang ketiga utama kepada hasil negeri ini selepas minyak dan pertanian.

Menurutnya sistem penerbanga­n ini merupakan satu perkara harus dilihat secara serius oleh pihak kerajaan pusat agar sistem pengangkut­an ini bukan hanya efisien tetapi juga mudah diakses oleh semua masyarakat khususnya pelancong yang datang dari luar negara. — Bernama

 ??  ?? KOMITED: Phoong (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang wakil peserta pameran pada Karnival OKU yang berlangsun­g di Perpustaka­an Negeri Sabah.
KOMITED: Phoong (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang wakil peserta pameran pada Karnival OKU yang berlangsun­g di Perpustaka­an Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia