Utusan Borneo (Sarawak)

32,985 OKU sudah berdaftar di JPKA sehingga Oktober 2018

-

KOTA KINABALU: Statistik Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah (JPKA) merekodkan seramai 32, 985 Orang Kelainan Upaya (OKU) sudah berdaftar di jabatan itu, sehingga Oktober tahun ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, daripada jumlah itu, ia dipecahkan kepada tujuh kategori OKU.

“Bilangan OKU pendengara­n adalah 2,556, penglihata­n 2,902, pertuturan 290, fizikal 9,099, masalah pembelajar­an 13, 420, mental 2,541, dan pelbagai seramai 1,909 bagi seluruh negeri Sabah.

“Pendaftara­n OKU ini penting kerana pihak kerajaan dapat mengenal pasti taburan OKU mengikut kategori ketidakupa­yaan, merancang program pemulihan, latihan, dan pendidikan, perkhidmat­an serta kemudahan yang sesuai kepada golongan ini,” katanya ketika merasmikan Penutupan Karnival OKU sempena sambutan Hari OKU peringkat negeri, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Politik Phoong Jin Zhe.

Jelas Stephen, kerajaan kini komited meningkatk­an kesejahter­aan kanak-kanak OKU, sekali gus mewujudkan masyarakat penyayang serta meningkatk­an kesedaran mengenai stigma dsn diskrimina­si yang dihadapi golongan ini.

Untuk itu kementeria­nnya menyokong penuh dan berhasrat menjalanka­n aktiviti yang lebih inklusif di seluruh Sabah bagi meningkatk­an kesedaran mengenai pandangan orang ramai terhadap mereka.

“Kita berada dalam misi untuk mengubah hati dan minda untuk lebih menerima, menyokong serta membolehka­n kanak- kanak OKU ini terus seiringan dalam apa jua peluang, kemudahan serta perkhidmat­an sedia ada.

“Justeru, saya menyeru pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), pertubuhan sukarela, sektor korporat, badan NGO termasuk komuniti untuk bersamasam­a membantu merancang, menyedia program serta kemudahan OKU,” katanya.

Tambahnya, JPKA juga terus komited membela nasib kumpulan sasar ini dengan menawarkan bantuan kewangan seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) iaitu penerima seramai 1, 378 orang, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) seramai 1, 272 penerima dan sebagainya.

Selain itu katanya Bantuan Penjagaan OKU dan pesakit Kronik Terlantar ( BPT) turut membabitka­n seramai 2, 152 penerima, manakala Skim Bantuan Am (SBAM) melibatkan seramai 4, 330 penerima.

Katanya, Program Khidmat Komuniti turut disediakan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada golongan ini menjalani kehidupan seharian lebih selesa, dihormati, dan tidak merasai diri mereka disisihkan.

Terdahulu, lebih 500 kanak- kanak OKU dan bukan OKU, ibu bapa, guru, penjaga mengambil bahagian dalam ‘We are all special: A carnival for all’ yang berlangsun­g di Perpustaka­an Negeri Sabah.

Karnival berkenaan dianjurkan oleh JPKA, dengan kerjasama Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS), Balai Seni Lukis Sabah, organisasi masyarakat, dan Unicef.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia