Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket dadah tumpas, 104.3kg syabu bernilai RM5.2 juta dirampas di Tawau

-

TAWAU: Polis menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah susulan penahanan empat lelaki tempatan serta merampas 104.3 kilogram dadah dipercayai syabu dianggarka­n bernilai RM5.2 juta dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan pertama di Jalan Haji Karim kira-kira jam 12.30 tengah hari, pasukan polis JSJN Sabah dengan kerjasama JSJN Bukit Aman menahan tiga lelaki dan menemui syabu dalam empat beg diletakkan dalam kenderaan suspek.

Beliau berkata susulan penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit, polis menahan seorang lagi lelaki di Jalan Bunga Off Jalan Masjid, di sini.

Kesemua suspek lelaki berasal dari Johor dan Kuala Lumpur berusia antara 31 dan 39 tahun itu direman sehingga 16 Nov ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

“Ini adalah tangkapan dadah terbesar di Sabah setakat ini dan ini adalah hasil risikan dan pemantauan berterusan pihak polis. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi menge- nal pasti dalang dalam kegiatan penyeludup­an dadah ini ke Sabah termasuk bagaimana ia dihantar,” katanya dalam sidang media, semalam.

Mohmad berkata polis yakin sindiket terbabit menggunaka­n laluan udara untuk menghantar bekalan dadah ke Sabah sama ada melalui perkhidmat­an kurier atau individu dan perkara itu akan disiasat secara terperinci.

Dalam serbuan itu, Mohmad berkata, selain merampas dadah dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar, polis turut merampas dua kenderaan yang merupakan kereta sewa digunakan bagi kegiatan penyeludup­an dadah berkenaan serta wang tunai Malaysia dan Singapura bernilai kira-kira RM2,000.

Mohmad berkata tangkapan dan rampasan dadah di Tawau itu juga dipercayai ada kaitan dengan kes tangkapan dan rampasan dadah di Lahad Datu dan Semporna barubaru ini.

Polis akan terus mempergiat operasi membantera­s sindiket pengedaran dan penyeludup­an dadah di Sabah, dan berharap masyarakat akan terus memberi kerjasama menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan kegiatan itu bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Mohd Shafie (tengah) memeriksa ikan yang dijual sama ada ditangkap menggunaka­n bom atau tidak sewaktu melawat Pasar Semporna sewaktu melawat pasar itu selepas melancarka­n ‘Sabah Bebas Sampah; Semporna Bersih dan Indah’ di Semporna, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Mohd Shafie (tengah) memeriksa ikan yang dijual sama ada ditangkap menggunaka­n bom atau tidak sewaktu melawat Pasar Semporna sewaktu melawat pasar itu selepas melancarka­n ‘Sabah Bebas Sampah; Semporna Bersih dan Indah’ di Semporna, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia