Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an diwujud bukan atas kepentinga­n kontraktor, politik tetapi rakyat

-

SEMPORNA: Dalam suasana Malaysia baharu, perkhidmat­an diwujud bukan untuk kepentinga­n kontraktor ataupun kepentinga­n politik tetapi ia berlandask­an kepentinga­n rakyat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebagai kerajaan bertanggun­gjawab, rakyat harus dibantu dengan menyediaka­n kemudahan yang diperlukan.

“Sudah sampai ketikanya kita buat perubahan termasuk dari segi perkhidmat­an kesihatan dan pendidikan perlu disediakan pada tahap terbaik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Semporna di sini, semalam.

Menurutnya kerajaan negeri menyedari kemudahan seperti perubatan di banyak daerah memerlukan perhatian.

Sebagai contoh, katanya, Hospital Semporna bukan hanya kekurangan dari segi kepakaran dan perubatan malah dari segi peralatan.

“Ini antara sebab kami wu- judkan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat untuk menteri tumpuan supaya kemudahan kesihatan kawasan luar bandar dan masyarakat daif serta miskin akan dapat pembelaan dan perhatian daripada pihak kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata rombakan yang dilaksanak­an oleh kerajaan negeri di Jabatan Bekalan Air Negeri membawa hasil positif dari segi pungutan hasil jabatan itu.

Katanya dalam masa dua bulan selepas rombakan dilakukan termasuk melantik pengarah baharu, jabatan itu dapat memungut hasil sebanyak RM72 juta.

Beliau berkata apabila hasil pungutan jabatan itu dapat ditingkatk­an maka akan dapat memastikan bekalan air di negeri ini dapat ditingkatk­an sedikit masa lagi.

Menurutnya keutamaan kerajaan negeri adalah memastikan perkara berkaitan kemudahan asas rakyat bebas daripada unsur rasuah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia