Utusan Borneo (Sarawak)

Kokurikulu­m mampu imbangi mental dan jasmani

-

KOTA BELUD: Aktiviti kokurikulu­m mampu mengimbang perkembang­an mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid, selain dapat mengukuhka­n perhubunga­n dan pergaulan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru di sekolah.

Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Fadzli Rodzan berkata, Kementeria­n Pendidikan mengiktira­f muridmurid sekolah menengah yang cemerlang dalam aktiviti berkenaan, dan 10 peratus daripada markah keseluruha­n kemasukan ke IPTA adalah diambil daripada kegiatan kokurikulu­m.

Bagi sekolah rendah pula menurutnya, keaktifan dan pencapaian dalam aktiviti itu adalah salah satu kriteria pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh.

“Malahan pada hari ini, semua kegiatan dan pengelibat­an murid- murid akan ditaksir dalam Pentaksira­n Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

“Melaluinya, murid akan diberi skor atau markah sepanjang pengelibat­an mereka dalam bidang kokurikulu­m. Murid- murid yang aktif dalam kegiatan tersebut dan memperoleh­i pencapaian terbaik dalam akademik mempunyai peluang cerah ke IPTA atau Sekolah Berasrama Penuh,” jelasnya.

Mohd Fadzli berkata demi- kian semasa merasmikan penutupan Program Karnival Kokurikulu­m dan Majlis Anugerah Kokurikulu­m di SK Sembirai, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penyelia Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah, Jaferi Jeral.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Sembirai Mudin Mohamad, wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud Insp Azlan Misli, wakil Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Belud Masdi Pelan, Kaunselor SK Sembirai Mohd Khaidir Harun dan Penyelaras program Faridah Mat Taha.

Menurut beliau, Kementeria­n Pendidikan juga sedang berusaha untuk memperkasa aktiviti kokurikulu­m di sekolah-sekolah dengan menyalurka­n peruntukan kewangan untuk menyokong program selain menyalurka­n bantuan pakain seragam kepada murid-murid yang kurang mampu.

“Kokurikulu­m merupakan suatu aktiviti terancang kerana gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pembelajar­an di dalam bilik darjah.

Malah katanya, aktiviti ini dapat menyediaka­n peluang kepada murid untuk mempelajar­i, menghayati seterusnya mengamalka­n nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

“Oleh itu, saya ingin mengingatk­an pengurus-pengurus kokurikulu­m di peringkat sekolah supaya dapat merancang aktiviti kokurikulu­m dengan teliti supaya ia memberi impak maksimum kepada semua murid yang terlibat,” tegasnya.

Dalam karnival selama dua hari itu, selain persatuanp­ersatuan yang wujud di sekolah itu seperti PBSM, Pengakap, Seni Silat dan Puteri Islam, agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut mengambil bahagian dengan mengadakan gerai-gerai pemeran.

 ??  ?? SEIMBANG: Jaferi Jeral (lima kiri) dan Mudin Mohamad (enam kiri) bergambar dengan para tetamu dan sebahagian pelajar ketika melawat tapak pameran sempena karnival kokurikulu­m.
SEIMBANG: Jaferi Jeral (lima kiri) dan Mudin Mohamad (enam kiri) bergambar dengan para tetamu dan sebahagian pelajar ketika melawat tapak pameran sempena karnival kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia