Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Sabah Bebas Sampah’ dilancar

-

SEMPORNA: Kerajaan negeri semalam melancarka­n program ‘Sabah Bebas Sampah’ dalam usaha memupuk kesedaran tentang aspek menjaga kebersihan di kalangan masyarakat disamping menunjukka­n bahawa kerajaan negeri memandang serius terhadap tahap kebersihan di semua daerah di negeri ini.

Pelancaran program perintis itu di sini disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam.

Pemilihan daerah itu untuk pelancaran program adalah sejajar dengan perhatian yang diberikan oleh Mohd Shafie yang tidak berpuas hati terhadap tahap kebersihan di daerah itu.

Dalam ucapannya beliau Shafie yang juga juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Senallang berkata pada masa sekarang sampah sarap ada di merata tempat sama ada di darat atau lautan di daerah ini.

Katanya penduduk daerah ini harus bertanggun­gjawab terhadap masalah kebersihan yang dihadapi di daerah ini.

“Sebagai daerah yang punya tarikan pelanconga­n berasaskan alam semula jadi dan marin, masyarakat memainkan peranan penting untuk tidak membuang sampah di merata tempat termasuk di kawasan kampung mereka.

“Saya tidak mahu Semporna dikenali sebagai daerah yang kotor tetapi sebagai daerah yang terkenal dengan tarikan pelanconga­n,” katanya.

Justeru, beliau mahu Majlis Daerah Semporna menjadikan tahap kebersihan di daerah ini sebagai Indeks Pencapaian Utama dan dipantau sendiri oleh Pegawai Daerah Blanus Kontong.

Mohd Shafie berkata selepas Semporna, program itu akan diperluask­an di daerah lain di negeri ini bagi memastikan masalah kebersihan tidak menjejaska­n sektor pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia