Utusan Borneo (Sarawak)

BERAS DIDAKWA TIRUAN DIANALISIS DI JOHOR

-

SIBU: Sampel didakwa beras tiruan akan dihantar ke makmal di Johor hari ini bagi tujuan analisis.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, dakwaan tersebut belum dapat dipastikan sehingga keputusan dikeluarka­n yang juga mengambil masa.

“Sebelum itu (keputusan) kita tidak dapat memastikan kesahihan dakwaan beras tiruan.

“Kita akan memaklumka­n apabila keputusan dikeluarka­n nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Gotong-Royong Mega Siri 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Sarawak 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian untuk mengulas laporan media mengenai terdapat dua orang awam di Sibu terkejut apabila mendapati beras yang dimasak tidak kelihatan seperti nasi asli, Jumaat lepas.

Salah seorang mendakwa tekstur beras itu kelihatan berbeza, namun dia pada mulanya tidak mengesyaki ia adalah beras palsu.

Tekstur beras tersebut adalah seperti kapas selain nasi yang telah dimasak masih dalam keadaan baik jika dibiarkan selama beberapa hari.

Berhubung dakwaan tersebut, Dr Jamilah berkata pihaknya tidak menerima laporan dan hanya mengetahui daripada media.

Katanya, pihaknya juga tidak dapat memastikan jenama beras tersebut.

Sehubungan itu, Jamilah turut menasihati orang ramai agar menilai harga beras di pasaran secara logik untuk mengelak daripada membeli beras tiruan.

“Selain itu, kita juga menyaranka­n orang ramai untuk membeli jenama beras yang biasa dibeli,” tambahnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man turut menasihati orang ramai agar melaporkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika ada kes yang sama belaku.

“Isu sebegini seeloknya dilaporkan kepada KPDNHEP untuk tindakan pemeriksaa­n.

“Maklumat awal penting bagi pengetahua­n semua,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia